Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengingatkan
orang awam agar tidak percaya dengan penyebaran gambar seorang
kanak-kanak perempuan yang dikaitkan dengan penyakit Ebola selepas
mengunjungi sebuah pusat membeli belah di ibu kota.
“ Apa yang dilaporkan di media sosial baru-baru ini adalah tidak
benar sama sekali. Tujuan orang yang menyebarkan gambar berkenaan kepada
orang awam adalah sangat tidak masuk akal. Saya percaya ia menakutkan
orang luar untuk keluar ke tempat awam.
“Ingin saya tegaskan di sini, usah kelirukan orang awam, jangan
main-main dengan isu sebegini dan sebarkan maklumat yang tidak benar.
Ada implikasi dari perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab ini.
Ramai orang yang takut dan panik.
“Jangan buat macam tu. Saya sebagai doktor, apabila saya lihat gambar
berkenaan, saya tahu itu bukan simptom Ebola seperti yang
digembar-gemburkan. Ia hanya kesan kembung seperti dicurah air panas dan
bukanlah penyakit Ebola.
Gambar-gambar berikut adalah simptom palsu... Ia telah tersebar di WhatsApp kononnya virus Ebola telah mula merebak ke Malaysia apabila seorang kanak-kanak perempuan telah dijangkiti wabak tersebut hingga mengalamai bengkak teruk pada kedua-dua kakinya seperti gambar tersebut;
Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum menerima sebarang laporan mengenai kes Ebola setakat ini.
Ketua
Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menafikan berita yang disebarkan di media sosial. Menurut beliau laporan tersebut adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar angin. Sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan.
Beliau juga
menyelar tindakan menyebarkan khabar angin tersebut dan menyifatkan ia
sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment