Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup bertanggungjawab mengendali urusan kepulangan 22 mayat bukan Islam tragedi MH17.
Berita terkini, seramai 4 wakil yang bukan berugama Islam telah berlepas ke Amsterdam, Netherlanda bagi urusan mayat-mayat mangsa tersebut. Wakil Agama ini akan mengadakan upacara sembahyang dan doa mengikut ugama dan kepercayaan masing-masing.
Di antara wakil-wakil ugama tersebut adalah Ven Sing Kan untuk mangsa berugama Buddha, Datuk Mohan Shanuntuk mangsa berugama Hindu , Sardar Haracharan Singhuntuk mangsa berugama Sikh dan Daozhang
Tan Bon Sinuntuk mangsa berugama Tao.
Manakala mangsa beragama Kristian akan diuruskan oleh Rev Klaas van der
Kamp dari Council of Churches, Netherlands.
Pihak kerajaan juga menghormati keputusan keluarga samada mayat-mayat mangsa dibakar di Netherlands atau membawa pulang cebisan mayat ke Malaysia dengan perbelanjaan kos ditanggung oleh pihak MAS.
Tarikh menghantar pulang 16 mayat-mayat yang telah dikenalpasti ke Malaysia akan diumumkan pada hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri.
Seramai 43 rakyat Malaysia termasuk anak kapal telah terbunuh di dalam kejadian kapalterbang MAS ditembak terhempas pada Julai 17 di Timur Ukrain.
No comments:
Post a Comment