Pada 22 Ogos ini, serentak tibanya jenazah mangsa tragedi MH17 ke
tanah air, Jabatan Perdana Menteri, JPM telah menetapkan garis panduan pada hari
perkabungan negara.
Sebagai rakyat Malaysia, apa yang perlu kita sama-sama lakukan sebagai menghormati ketibaan jenazah-jenazah mangsa MH17 nanti...
Berikuta adalah garis panduannya;
- Semua pihak perlu mengibarkan jalur gemilang separuh tiang di seluruh negara.
- Semua acara berunsur hiburan juga perlu ditangguhkan pada hari berkenaan.
- Tata cara pakaian berwarna suram terutama bagi petugas yang terlibat dengan istiadat perkabungan. Pakaian bagi petugas lelaki beragama Islam digalakkan memakai songkok tanpa lilitan warna putih. Manakala wanita perlu memakai selendang hitam.
- Rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen ditangguhkan. Ia diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Panduan ini perlu dipatuhi semua pihak termasuk sektor swasta dan orang
awam.
Hari perkabungan negara bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh
rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi.
No comments:
Post a Comment