Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Monday, August 18, 2014

HARI PERKABUNGAN NEGARA PADA 22 OGOS, APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

Pada 22 Ogos ini, serentak tibanya jenazah mangsa tragedi MH17 ke tanah air, Jabatan Perdana Menteri, JPM telah menetapkan garis panduan pada hari perkabungan negara. 

Sebagai rakyat Malaysia, apa yang perlu kita sama-sama lakukan sebagai menghormati ketibaan jenazah-jenazah mangsa MH17 nanti...




Berikuta adalah garis panduannya;

  • Semua pihak perlu mengibarkan jalur gemilang separuh tiang di seluruh negara. 
  • Semua acara berunsur hiburan juga perlu ditangguhkan pada hari berkenaan. 
  • Tata cara pakaian berwarna suram terutama bagi petugas yang terlibat dengan istiadat perkabungan. Pakaian bagi petugas lelaki beragama Islam digalakkan memakai songkok tanpa lilitan warna putih. Manakala wanita perlu memakai selendang hitam. 
  • Rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen ditangguhkan. Ia diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan. 

Panduan ini perlu dipatuhi semua pihak termasuk sektor swasta dan orang awam. Hari perkabungan negara bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi. 

Friday, August 1, 2014

#MH17 : DS ROSMAH TERUS DIJADIKAN TEMPAT BERSANDAR



Di saat kaum keluarga mangsa MH17 meratapi dan bersedih ke atas pemergian keluarga mereka, tiada tempat yang lebih meyakinkan selain daripada dapat berkongsi perasaan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.






Dari tragedi kehilangan MH370 sehingga MH17 ditembak jatuh, DS Rosmah bukan saja sentiasa mendampingi suaminya untuk memberi semangat dan kekuatan menghadapi situasi cemas ini, tetapi beliau juga telah mendampingi keluarga-keluarga mangsa.

Berkongsi kesedihan dan mendengar keluhan mereka, DS Rosmah ibarat seorang ibu yang setia mendengar ratapan kesedihan dan membenarkan bahunya dikongsi untuk mencurahkan airmata. Memandangkan beberapa gambar yang dikongsi, raut wajahnya yang turut merasai kesedihan mereka.




Adik Nur Diyana Yazeera Yazeli, anak kepada ketua pramugari MH17, telah dijemput ke Seri Perdana bersama-sama Perdana Menteri dan isterinya. Di dalam twitternya, Nur Diyana  berkongsi pengalaman yang dianggap sangat bermotivasi dan penuh kasih sayang dari PM dan isterinya.

Di mana harus mereka mengadu lagi dan di mana mereka mampu berkongsi kesedihan jika tidak kepada seorang ibu... ibu mereka kini adalah DS Rosmah Mansor.



Sunday, July 20, 2014

#MH17 : DS ROSMAH TIDAK TINGGALKAN SUAMI KESEORANGAN



DS Rosmah di minit 3.08;

"Saya juga hantarlah juga mesej yang mana saya kenal, yang rapat dengan Putin... suruh Putin telefon Dato Najib terang dengan betul-betul. Sejukkan hati orang-orang di Malaysia ni."

Demikianlah sokongan seorang isteri Perdana Menteri yang tidak akan meninggalkan suaminya keseorang menangani tragedi MH17.

Berat mata memandang dan telinga mendengar... berat lagi beban yang dipikul Perdana Menteri kita.

Inilah masanya kita berganding tangan bersama-sama Perdana Menteri menghadapi dugaan yang sedang kita hadapi.

Al Fatihah kepada mangsa-mangsa dan didoakan ahli-ahli keluarga bersabar menghadapi dugaan ini.