Showing posts with label Wanita UMNO. Show all posts
Showing posts with label Wanita UMNO. Show all posts

Monday, August 11, 2014

JARINGAN UNTUK IBU TUNGGAL MALAYSIA (JUWITA)


Jaringan Untuk Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April tahun lalu bernaung di bawah Pergerakan Wanita UMNO bagi membela nasib ibu tunggal di negara ini. Dalam ucapan pada perhimpunan Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) itu yang telah dihadiri kira-kira 6,000 ibu tunggal.

Kini hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh negara boleh menarik nafas lega apabila mereka akan dibantu melalui pembiayaan insurans kesihatan dan pemberian kad diskaun sebagai pembelaan kepada golongan tersebut demi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Juwita yang menjadi payung kepada semua persatuan ibu tunggal sejak ditubuhkan tahun lalu itu akan turut mengusahakan pemberian kad diskaun untuk dimiliki oleh golongan tersebut agar mereka boleh mendapatkan barangan dan perkhidmatan terpilih pada harga istimewa.

Di samping itu, insurans juga diadakan untuk ibu-ibu tunggal yang berpendapatan rendah dan sakit, dan Juwita akan berusaha untuk mendapat perhatian kerajaan agar mereka boleh dibantu setidak-tidaknya mendapat  bagi menampung keperluan perubatan.

“Walau bagaimanapun, pihak sekretariat akan membuat kajian berhubung perkara itu terlebih dahulu melalui sebuah panel yang akan menilai segala aspek pelaksanaan bagi pembiayaan insurans tersebut.

Penubuhan Juwita adalah memberi fokus kepada aspek perundangan, polisi dan peraturan sebagai usaha untuk membela golongan itu terutama dalam membantu mereka mendapat hak dan pembe­laan dari sudut undang-undang bagi kes penceraian dan sebagainya.

Namun masih ramai golongan ibu tunggal tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan menyebabkan mereka sukar untuk mencari perlindungan dan pembe­laan sewajarnya. 

“Juwita tidak mengambil keahlian sebaliknya mereka perlu berdaftar dengan mana-mana persatuan yang bernaung di bawah Juwita dan dipelawa seramai mungkin ibu-ibu tunggal berbilang kaum di seluruh negara agar masing-masing boleh mendapat manfaat.

“Juwita juga akan mewujudkan satu pangkalan data untuk memudahkan mana-mana pihak untuk menyalurkan bantuan kepada golo­ngan tersebut selain digerakkan oleh jentera Jalinan Rakyat Wanita UMNO supaya mereka dapat ‘berpayung’ di bawah persatuan. 

Saturday, August 2, 2014

SKUAD AN NUR ERATKAN PERPADUAN ISLAM DENGAN BUKAN ISLAM


Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO yang bertujuan meningkatkan program dan perjuangan sayap berkenaan agama Islam seperti yang telah disarankan Presiden UMNO. Program keagamaan amat sebati dengan Pergerakan Wanita cuma dengan penubuhan skuad ini segala program keagamaan akan lebih teratur sehingga ke peringkat akar umbi.

Skuad ini akan menjadi pengantara yang baik kepada orang Islam dengan Islam dan orang Islam dengan bukan Islam. Yang membimbangkan sejak kebelakangan ini terlalu banyak pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan agama Islam secara negatif.

Melalui skuad An-Nur ini juga masej yang ingin disampaikan oleh kerajaan akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan ke peringkat akar umbi di samping skuad ini bakal menjadi mata dan telinga suara akar umbi untuk memberi maklum balas kepada kerajaan.



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah melancarkan Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO dan turut menyampaikan watikah perlantikan kepada Panel Penasihat Skuad An-Nur, Raisah Skuad An-Nur Kebangsaan dan Amirah/Raisah Skuad An-Nur Negeri-Negeri.


Monday, May 26, 2014

PUSAT 'ONE-STOP' ATASI MASALAH PEMBANTU RUMAH



Apa lebihnya pusat 'one-stop' untuk mengatasi masalah pembantu rumah?

Sering kita dengar pembantu rumah yang tidak cekap, lari dari rumah dan juga sehingga berkomplot merompak majikannya serta pelbagai kerenah yang mereka adakan sehingga isu ini telah menjadi masalah nasional.

Masalah pembantu rumah nampaknya melibatkan ibu-ibu yang bekerja seringkali terbeban dengan kes-kes seperti  pembantu lari dari rumah ataupun agensi-agensi yang menawarkan pembantu rumah yang kurang cekap malahan ada yang tidak berdisplin.

Isu ini telah mendapat perhatian serius Wanita Umno dan mereka telah menggesa kerajaan mengadakan pusat 'one-stop' supaya pihak majikan dapat mengatasi isu pembantu rumah. Majikan pembantu rumah terpaksa memilih dan berpindah dari satu agensi ke satu agensi lain.

Di pusat 'one-stop', masalah seperti kesihatan, passport dan pembantu rumah yang lari akan lebih mudah diatasi dan dikesan sekiranya wakil-wakil kementerian juga terlibat. Rakyat akan mudah berurusan dan tidak tercari-cari kementerian dan agensi manakah yang perlu mereka pergi untuk menyelesaikan masalah pembantu
rumah mereka.

Kita juga perlukan plan B dari sekarang ia merupakan rancangan jangka masa panjang bagi menaik taraf imej tugas sebagai pembantu rumah kepada pengurus rumahtangga. Inilah masanya kita tidak seharusnya bergantung ke atas pembantu rumah asing untuk 10 tahun akan datang.

Tujuan pelan B ini adalah untuk membantu sekiranya isu pengambilan pembantu rumah warga asing tidak dapat diselesaikan, ia adalah alternatif lain bagi memenuhi permintaan khidmat itu.

Di samping itu, cadangan untuk mengadakan latihan kepada rakyat Malaysia sebagai Pengurus Rumah. Ini juga mampu wujudkan peluang rakyat Malaysia cebur diri sebagai usahawan di mana latihan diberikan.

Selama ini kita terlalu bergantung kepada pembantu rumah dari Indonesia, namun terdapat cadangan untuk membawa pembantu rumah Isalam dari Mindanao, Filipina.
 
Seramai 200 pembantu rumah Islam dari Mindanao dengan perbelanjaan maksimum sebanyak RM11,000 setiap seorang.

Sunday, May 18, 2014

BERHATI-HATI WANITA ...MANGSA JENAYAH TIDAK KENAL USIA

Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas.

Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia.

Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa.

Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama kala berada di khalayak.

Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan mereka hadapi.

Kejadian yang dilaporkan ini menunjukkan jenayah ragut tidak mengenal usia dan tiada belas ehsan walaupun yang menjadi mangsa adalah warga emas;

Sister Marie Rose

SEREMBAN, 16 Mei – Jenayah kekerasan terhadap kaum wanita terutamanya melibatkan warga emas di negara ini tidak boleh diterima dan perlu dibendung, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata pihaknya tidak boleh menerima budaya jenayah keganasan seumpama itu terutamanya terhadap wanita seperti kejadian samun yang berlaku ke atas dua rahib wanita di Gereja Visitation, di sini Rabu lepas.

“Kita tidak boleh berkompromi dalam perkara ini di mana pelakunya harus dijatuhi hukuman yang setimpal. Mereka perlu diheret ke muka pengadilan segera sebagai isyarat bahawa ia adalah satu kesalahan amat serius.

“Kita menghantar amaran yang jelas bahawa di Malaysia, budaya jenayah kekerasan terutama kepada wanita tidak diterima……kita hendak tolak,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ) di sini hari ini.

Terdahulu, Shahrizat yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) meluangkan masa hampir sejam di HTJ bagi melawat dua rahib wanita itu yang parah akibat diserang di pintu hadapan Gereja Visitation, di sini Rabu lepas.

Shahrizat turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga kedua-dua mangsa berkenaan.

Beliau berkata pihaknya memandang serius dan mengambil berat berhubung kejadian itu kerana ianya melibatkan wanita dan warga emas selain lokasinya iaitu di rumah ibadat.

“Saya memohon pihak berkuasa (polis) membuat siasatan rapi dan berharap sesiapa yang bertanggungjawab dalam jenayah ini dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin. Itu yang amat mustahak. Kami turut mendoakan agar kedua-dua mangsa ini selamat dan pulih daripada kecederaan.” katanya.

Sister Marie Rose @ Theresa Teng, 79, koma manakala Sister Juliana Lim, 69, parah di kepala selepas diserang dengan topi keledar dalam kejadian bermotifkan samun itu.