Monday, April 14, 2014

WANITA YANG DIKATAKAN BAKAL PERDANA MENTERI POLAND

Elzbieta Bienkowska ketika dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
pada 27 November 2013
Elzbieta Bienkowska, 50, dikatakan calon yang paling sesuai bakal menduduki jawatan Perdana Menteri Poland selepas Donald Tusk. PM Tusk dikatakan akan meletak jawatan di dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Di dalam suasana politik Poland yang agak stabil di mana Donal Tusk telah berjaya menyatukan landskap politik bagi memastikan perkembangan ekonomi di timur Kesatuan Eropah, pengganti Tusk adalah satu isu yang agak kritikal dan penting.

Bienkowska dikatakan seorang wanita yang memastikan setiap kerja terlaksana, sangat teknokrat dan profesional.

Sekiranya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang akan datang, nampaknya beliau adalah wanita kedua di dalam sejarah Poland selepas Hanna Suchocka pada awal tahun 90an.

Dilahirkan di Katowice, Selatan Poland dan memegang Sarjana Muda dalam Farsi. Ketika membuat masters di Warsaw's National School of Public Administration, beliau telah mempunyai 2 orang cahayamata yang masih kecil.

Setelah menamatkan pengajian dan mendapat Ijazah sarjananya, Bienkowska telah bekerja dengan kerajaan tempatan di Katowice sehingga berjaya mengetuai jabatan pembangunan di kerajaan tempatan.

Pada tahun 2007, beliau telah dilantik sebagai menteri untuk kerajaan tempatan. Perlantikannya bertepatan dengan dana yang besar dari EU untuk projek pembangunan.

Dana sebanyak hampir 68 bilion euros bagi tempuh 2007-2013, dan adalah tanggungjawab Bienkowska menentukan projek mana yang perlu disalurkan dana tersebut.

Namun, ketika di dalam tempuh beliau, Poland berjaya mengadakan lebuhraya baru, stadium sukan baru dan beberapa bangunan awam.

Bienkowska dikatakan membawa pembaharuan dengan pendekatan tanpa kompromi dan pengurusan masa di mana mereka yang mengenali beliau berkata, Bienkowska mampu menguruskan hal rumahtangga serta kerja serentak.

Pada satu ketika apabila beliau diminta mempengerusikan mesyuarat kabinet, ramai yang telah terpegun cara beliau mengendalikan mesyuarat di mana mesyuarat itu hanya memakan masa yang pendek.

Walaubagaimanapun, kontroversi yang pernah dialaminya yang dikatakan beliau seorang yang biadap dan tidak sensitif ketika menjawab persoalan rakyat yang terkandas ketika musim sejuk, namun Bienkowska masih berjaya memenangi undi popular.

No comments:

Post a Comment