Wednesday, April 16, 2014

GADIS MEMBURU DENGAN HELANG... HANYA SATU DI DUNIA


Hanya satu dalam dunia... Itu yang boleh dikatakan kerana gadis ini memburu dengan seekor helang. 




Ashol-Pan berasal dari Kazakstan di mana kebanyakan kanak-kanak di negara ini tidak akan berani mendekati helang emas kerana bukan saja kerana ia terkenal dengan ganas dan bengis tetapi kerana saiz yang agak besar. Walaupun aktiviti memburu ini merupakan dominasi kaum lelaki sejak 2,000 tahun lalu namun inilah satu perkembangan di kalangan wanita di dalam abad 21 satu ini.

Kanak-kanak lelaki di Mongolia Timur telah mula belajar mengguna burung yang besar ini untuk memburu musang dan arnab seawal berumur 13 tahun.


Bukan saja gadis ini berani dan lebih bertenaga malahan beliau agak selesa dan serasi ketika mendekati burung helang emas ini.

Penduduk Kazakhstan di banjaran pergunungan Altai, Timur Mongolia adalah satu-satunya penduduk yang memburu dengan helang emas, dan pada hari ini terdapat lebih kurang 400 pemburu tersebut.

Ashol-Pan, adalah anak gadis kepada seorang pemburu yang terkenal dan kemungkinan juga adalah pelapis pemburu yang mengguna helang emas ini.

Mereka memburu pada musim sejuk, ketika suhu jatuh sehingga -40C. Mereka memulakan pemburuan dengan menjejaki berhari-hari dari atas kuda mengharungi salji ke gunung dan lurah sehingga mendapatkan satu pemandangan yang terbaik untuk hasil buruan dari jarak yang luas.

Selalunya mereka akan memburu di dalam satu pasukan. Apabila musang dapat dikesan, penunggang kuda akan menghalau mereka ke kawasan yang lebih terdedah, dan burung helang akan dilepaskan. Sekiranya helang itu gagal menangkap maka seekor lagi akan di lepaskan pula.

Kemahiran memburu dengan helang bergantung kepada keadaan alam semulajadi yang tidak menentu. Burung helang tidak mungkin dapat dikawal, tetapi mereka mampu mencuba memberi arahan.

Burung helang ini tidak ternak dalam sangkar tetapi diambil dari sarangnya ketika masih kecil. Helang betina dipilih kerana ia mampu membesar sehingga tujuh kilo apabila dewasa dengan lebar sayapnya lebih dari 230cm.

Adalah menjadi tradisi penduduk, apabila burung helang yang akan dilepaskan setelah tempuh helang ini capai pada satu tahap, diberikan sajian seekor kambing yang telah disembelih sebagai hadiah selamat tinggal. Ini adalah juga cara pemburu-pemburu Kazakhstan melepas burung helang mereka ke keadaan asal dan dengan harapan dapat melahirkan dengan lebih banyak.

No comments:

Post a Comment