Tuesday, April 22, 2014

TEKSI WANITA



Projek “Teksi Wanita” merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, di samping menjadikan bidang pemanduan teksi wanita sebagai satu kerjaya bagi kaum wanita untuk menjana pendapatan. Fasa pertama Projek Teksi Wanita beroperasi di sekitar Lembah Kelang.

Objektif Teksi Wanita Diperkenalkan :

Meningkatkan kepercayaan, keselesaan dan jaminan keselamatan kepada pengguna pengangkutan awam khususnya kaum wanita.

Mengurangkan kadar keganasan yang berlaku seperti rogol, cabul, gangguan seksual, ragut dan sebagainya.

Memperkenalkan waktu kerja fleksibel bagi membolehkan wanita dan ibu tunggal merancang masa yang berkualiti bersama keluarga.

Meningkatkan penyertaan wanita dalam pelbagai sektor bagi menyumbang kepada pembangunan negara termasuk bidang kerjaya sebagai pemandu teksi/pemandu
pelancong ataupun pemandu sambilan (kontrak).

KHUSUS UNTUK PENUMPANG WANITA YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN “TEKSI WANITA” YANG MEMERLUKAN KHIDMAT TEKSI WANITA... HUBUNGI NO. TELEFON SEPERTI ... DI SINI

No comments:

Post a Comment