Wednesday, April 16, 2014

TERESA KOK SEPERTI NYONYA PASAR DI PARLIMEN?

Jika seorang rakyat biasa mampu menghormati adab ketika berada di parlimen, mengapa pula ada ahli Parlimen yang tidak mampu berbuat sedemikian?

Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP telah ditegur seorang rakyat prihatin kerana berpakaian seperti seorang nyonya pasar ketika berada di Parlimen dan berhujah di Dewan Rakyat. 


Rakyat prihatin tersebut juga telah mengingatkan kepada kita etika berpakaian di parlimen seperti berikut;

KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA

PAKAIAN YANG DIBENARKAN

Bagi lelaki ialah Lounge Suit dan bertali leher, baju kemeja lengan panjang dan bertali leher, baju batik lengan panjang, baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok, seluar panjang berwarna gelap (slack) dan berkasut kulit.

Bagi wanita pula,  berbaju kurung atau kebaya labuh / blouse berlengan panjang, ber'skirt' panjang di bawah paras lutut, bersari dengan blouse berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain, berseluar panjang (slack), lain-lain pakaian yang kemas dan sopan serta berkasut.

Manakala pelajar sekolah juga dijelaskan etika berpakaian iaitu pakaian seragam sekolah.

Teresa Kok bukanlah seorang Ahli Parlimen yang baru malahan beliau merupakan ahli parlimen kanan dan telah mendapat mandat rakyat untuk beberapa penggal dalam pilihanraya.

Apakah dengan tidak menghormati etika berpakaian ketika berada di Parlimen menunjukkan sikap sbenarnya yang tidak menghormati badan tertinggi negara kita ini?

Peraturan tetap peraturan dan ini perlu dipersetujui dan dihormati oleh setiap rakyat. Jika seorang pelajar sekolah rendah mampu mematuhi etika berpakaian ketika berada di parlimen, apakah Teresa Kok seorang yang boleh dijadikan contoh terbaik kepada pelajar-pelajar sekolah dan rakyat Malaysia yang mendaulatkan undang-undang negara?

No comments:

Post a Comment