Sunday, April 20, 2014

GOLONGAN SURI RUMAH TARGET PENJENAYAH


Golongan suri rumah sering berhadapan situasi jenayah kerana dikhuatiri keseorangan di rumah. Suri rumah antara golongan sasar penjenayah dan dibimbangi kerap berhadapan situasi cemas serta berisiko kehilangan harta benda mahupun nyawa. Dikatakan golongan suri rumah sering berhadapan situasi jenayah terutama ketika berada di rumah semasa orang ramai sibuk keluar bekerja.
Bagaimanapun, ada sesetengah suri rumah takut untuk ‘buka mulut’ atau menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak berkuasa.

Pasukan Amanita telah ditubuhkan untuk membantu masyarakat khususnya suri rumah menyalurkan maklumat berhubung jenayah atau apa sahaja mencurigakan kepada pihak berkuasa agar kegiatan jenayah dapat dibanteras. Amanita terdiri daripada pegawai dan anggota wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menjadi rakan kepada masyarakat di mana fokusnya kepada suri rumah.
Mereka akan turun padang bertemu masyarakat selain berkongsi maklumat agar dapat dimanfaatkan.
Amanita bertindak menjalinkan hubungan sebagai rakan masyarakat terlebih dahulu sebelum berkongsi maklumat.
Pendekatan yang diambil ialah menjadi rakan terlebih dahulu kemudian baru boleh jalin hubungan. Apabila maklumat sampai,  Amanita akan mengklasifikasikan maklumat tersebut sama ada berkaitan kesalahan trafik, narkotik atau jenayah seterusnya akan salur kepada medium yang betul.

Setelah tindakan  diambil, Amanita akan memberi maklum balas kepada mereka semula, supaya mereka tahu keberkesanannya. Suri rumah banyak menyalurkan maklumat kepada PDRM setelah pertemuan dibuat dengan Amanita.

Orang ramai dialu-alukan menjadi rakan Amanita dan sekiranya terdapat program yang menjemput Amanita sertai, mereka sedia turun padang termasuk mengadakan ceramah pencegahan jenayah, program kemasyarakatan atau perlawanan persahabatan seperti sukan.

No comments:

Post a Comment