Tuesday, April 29, 2014

5 NEGARA PALING BAHAYA UNTUK WANITA

5 negara paling bahaya untuk wanita

Afghanistan - Sahar Gul, gadis diseksa suami
  Dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.


Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.


Jurucakap polis Baghlan mendapati suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan  lidahnya dikerat dengan playar.


Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.


Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.


Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.


 
Pakistan - Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
 
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.


Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.


Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.


Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.


Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.


Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

 

India - Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki

Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.


Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.


Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.


Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.


Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.



Tahukah anda?
 
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.


Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.


Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.


Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.


Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.


BETULKAH WANITA INI TERCANTIK DI DUNIA?


Kita sering menilai kecantikan seseorang hanya kerana dia berkulit putih gebu tetapi majalah PEOPLE telah menamakan Lupita Nyong'o, seorang kelahiran Mexico-Kenya sebagai wanita paling cantik bagi 2014 untuk menghiasi kulit hadapan majalah ini.

Lupita ialah pemenang Oscar mempunyai senyuman yang sempurna dan gaya untuk dipadankan,  dengan menjanjikan "cerita inspirasi" beliau yang tersendiri.

Apabila beliau diberi penghormatan pada bulan Februari lalu di Wanita Gelap di majlis makan tengahari di Hollywood, ucapannya mengenai keindahan dan khususnya mengenai kecantikan seorang berkulit gelap telah menyentuh perasaan pendengar. Katanya, dia teringat ketika dia terasa tidak cantik dan  ketika beliau diusik dan diejek kerana berkulit hitam dan bagaimana wajahnya telah sentiasa menjadi halangan.

Beliau juga telah mengambil kesempatan berkongsi cerita mengenai apa yang dimaksudkan sebagai kecantikan berkulit hitam dan gelap. Beliau telah menerima surat dari seorang gadis negro dan menulis;

"Hi Lupita, saya rasa anda sangat bertuah sebagai seorang berkulit gelap dan kejayaan di Hollywood. Saya baru saja ingin membeli krim pemutih 'Whitenicious' apabila anda telah muncul untuk selamatkan saya."

Beliau juga masih ingat bagaimana rasanya apabila dikatakan 'unbeautiful' dan apabila ternampak di kaca TV, beliau hanya dapat melihat kulit yang pucat. 

Lupita mengakhiri ucapannya dengan berharap agar kehadirannya di kaca tv dan di dalam majalah dapat menilai kecantikan luaran semula dan melihat dengan lebih dalam kecantikan dalaman. Sebenarnya di antara dua ini, tiada beza warnanya. 

Di dalam sejarah kosmetik Perancis, Lancome, Lupita adalah pemenang Academy Award ke empat selepas Kate Winslet, Julia Roberts dan Penelope Cruz yang pernah dilantik sebagai duta kosmetik ini dan kecantikan kulit Kenya dipilih sebagai duta berkulit hitam pertama Lancome.

Menurut  Pengurus Besar Lancome International, pemilihan Lupita adalah kerana beliau seorang yang berbakat dan dedikasi, bangga dengan kecantikannya sebagai seorang berkulit hitam, dan telah menunjukkan sikap ingin tahu dan berfikiran terbuka dalam pemilihan kariernya.

Oleh itu, tidak kira samada kita berkulit putih gebu atau berkulit hitam gelap, namaun kecantikan akan lebih terserlah dengan peribadi dan tingkah laku yang elok. Inilah yang sebenarnya dibuktikan oleh Lupita.


Sunday, April 27, 2014

DARI WHITE HOUSE KE PUTRAJAYA - 26.4.2014


Hari bersejarah untuk Malaysia apabila Air Force One mendarat dengan selamat bersama-sama rombongan Presiden Obama semalam lebih kurang pada pukul 4.50 petang di pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang setelah 6 jam penerbangan dari Korea Selatan;




Dengan lambaian 'HELLO' pertamanya, beliau telah beri penghormatan dengan karpet merah dan barisan tentera pengiring Malaysia.






Menteri Luar Negara, Dato Anifah Aman dan YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Pengiring menyambut kedatangan #POTUS




Seterusnya, Presiden Obama telah diberi penghormatan Di Raja di perkarangan Parlimen dan disambut DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan DS Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.








Barisan menteri kabinet Malaysia diperkenal kepada Presiden Obama;




 Di sebelah malam pula, Presiden Obama diraikan dengan santapan Di Raja di Istana Negara;







Sempena memperingati lawatan bersejarah ini, Pos Malaysia telah mengeluarkan poskad istimewa dan mula dijual pada April 25 lalu;

 

Saturday, April 26, 2014

SELAMAT DATANG KE MALAYSIA, PRESIDEN OBAMA


Selamat Datang ke Malaysia, Presiden Obama!

Sejak 1966, setelah lawatan Presiden Lyndon B. Johnson, ini adalah lawatan pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia dalam rangka lawatan ke negara-negara Asia. 

Mesej utama yang ingin disampaikan kepada Malaysia ialah pentadbiran Obama mengalu-alukan pekembangan sumbangan Malaysia ke atas keselamatan dan kesejahteraan serantau. Amerika juga ingin meluaskan penglibatan dengan rakyat Malaysia termasuk kumpulan masyarakat sivil dan anak-anak muda di mana mereka adalah mustahak untuk masa depan negara dan serantau.

MH370

Presiden Obama akan mengambil kesempatan lawatannya ke Malaysia untuk menyatakan simpati secara peribadi kepada keluarga mangsa MH370.

Beliau juga ingin menyatakan sebagai rakan Malaysia, Amerika adalah di antara negara pertama yang telah menyertai dalam misi mencari kehilangan MH370. Kapal US Navy, kapalterbang dan pegawai masih berada di kawasan pencarian. Pihak FBI sedang bekerjasama dalam penyiasatan kejadian tersebut dengan Malaysia dan akan teruskan sokongan dan bantuan .

Bagi pentadbiran Obama, usahasama ini hanya mampu wujud dengan hubungan rapat antara negara. Lebih banyak hubungan yang diwujudkan oleh pentadbiran Obama serta kesanggupan bekerjasama, mereka akan lebih bersedia seandai diminta pertolongan ketika bencana dan krisis.

Berikut adalah jadual lawatan Presiden Obama ke Malaysia selama 3 hari;

26 April (SABTU)
4.00 pm - OBAMA TIBA DILAPANGAN TERBANG TUDM
5.00 pm -  KUNJUNGAN RASMI KE PARLIAMENT
8.00 pm - HADIR JAMUAN RASMI DI ISTANA NEGARA
 
............................................

27 April (AHAD)
9.00 am    - MELAWAT MASJID NEGERA
10.00 am  - MESYUARAT DUA HALA DI PUTRAJAYA 
2.00 pm  - MELAWAT MaGIC (Malaysian Global Innovation 
                    and Creative Centre)
4.00 pm   -  MELAWAT Universiti Malaya


............................................

28 April (ISNIN) 8.00 am - MESYUARAT BERSAMA WAKIL US DAN PENIAGA MALAYSIA

Nota : Gambar-gambar akan dimuatkan di blog akan datang

Friday, April 25, 2014

MENTERI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD) ...SEORANG WANITA

YB Nancy Shukri

Kali ini kita berkenalan dengan seorang ahli Parlimen wanita dari Sarawak yang juga telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana yang dipertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

YB Nancy Shukri telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batang Sadong pada PRU13 lalu bagi penggal kedua. Berusia 52 tahun, beliau adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari University of Hull, UK (1990). Selain itu beliau turut memiliki Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM - OHIO Universiti (1998) (Beta Gamma Sigma Kehormat Anugerah) dan Diploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985).

Dengan kelayakan yang dimiliknya, maka tidak mengejutkan apabila Nancy, yang juga bekas Pengarah Perkhidmatan Undang-undang Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)  selama 11 tahun sejak 1992 dan pernah menjadi setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Menteri di JPM yang  bertanggungjawab ke atas 11 agensi.

YB bersama Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar
Antara agensi di bawah tanggungjawabnya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU), Jabatan Biro Guaman, Amanah Raya Berhad (ARB), Jabatan Insolvensi Malaysia  dan Suruhanjaya Kehakiman dan Perkhidmatan Perundangan.

Dalam pertemuan di bangunan parlimen baru-baru ini, Nancy yang juga penolong setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, berkata beliau teruja dengan kepercayaan yang  diberikan oleh Perdana Menteri terhadapnya.

Antara agensi di bawah jagaannya, SPAD boleh dianggap sebagai agensi yang kerap menjadi perhatian kerana ia membabitkan kepentingan ramai, iaitu pengangkutan awam  darat. Sejak penubuhannya tiga tahun lalu, SPAD sering menjadi sasaran pembangkang khususnya dan orangramai amnya terutama berhubung isu perkhidmatan teksi dan bas yang sering membawa masalah.

"Saya akui selama ini saya hanya membaca dan mendengar mengenai SPAD. Oleh kerana itu masih banyak yang saya perlu pelajari. Mujurlah saya mendapat kerjasama daripada  pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar yang memberikan banyak penerangan dan bimbingan.

"Tetapi mendengar sahaja tak cukup. Saya perlu merasakan pengalamannya. Oleh itu dalam masa terdekat ini saya bercadang turun ke bawah dan mencuba pengalaman menaiki LRT, Monorel dan Go-KL. Kesemua kemudahan ini tidak ada di Sarawak," katanya.

Nancy berkata beliau tidak takut menghadapi kritikan dan bersedia menerima teguran kerana ia adalah lumrah pekerjaan. Malah, Nancy yakin dengan kebolehan dan kerjasama setiap  ketua dan kakitangan agensi-agensi di bawah kementeriannya, tugasnya tidak akan menjadi sukar.
 
Malah Nancy tidak segan mengakui beliau tidak pernah menaiki teksi di Kuala  Lumpur dan bersedia menyahut cabaran wartawan Agendadaily untuk mencubanya dalam masa terdekat sebagai salah satu usaha memahami masalah perkhidmatan teksi.


Ditanya mengapa SPAD diletakkan di bawah JPM dan bukannya Kementerian Pengangkutan, Nancy berkata ia bertujuan untuk memudahkan kerajaan membuat pemantauan kerana Pelan Transformasi Kenderaan Pengangkutan Awam termasuk dalam Pelan Transformasi Kerajaan. Katanya dengan meletakkan SPAD di bawah JPM kerajaan dapat memberi fokus terhadap keberkesanannya.

Menurut Nancy, berada di barisan hadapan parlimen (sebagai Menteri) dibandingkan sebagai barisan belakang (back-benchers) sebelum ini, adalah lebih mencabar. "Jika dahulu kita yang mengajukan soalan kepada Menteri, tetapi kini kita pula yang menjawab. Selain menjawab, kita juga berdepan dengan pelbagai jenis karenah. Tetapi apapun, saya sudah bersedia menggalas sebarang cabaran," katanya

GAJI LUMAYAN UNTUK JAWATAN SETIAUSAHA DAN TEMAN WANITA?


Pasti kita terkejut sekiranya terjumpa iklan pekerjaan seperti di atas. Lebih mengejutkan ia berlaku di Singapura kerana kita semua maklum, Singapura adalah sebuah negara yang selalu mendabik dada dengan integriti dan profesionalnya.

Dengan tawaran gaji yang sangat lumayan untuk seorang setiausaha, rupanya tugas tambahan adalah melayan kehendak pengarah syarikat paling kurang 2 kali seminggu.

Agak menjelekkan tetapi rupanya...



dan ada lagi...


Rupa-rupanya ia hanya satu 'prank' atau iklan yang sekadar bertujuan jenaka nakal. Oleh itu, hati-hati ketika memohon kerja melalui iklan di facebook ataupun laman sosial lain...




Thursday, April 24, 2014

TWITTER... TWITTING... TWITS... MALAYSIA INFOGRAPHIC

Twitter is the world’s fourth most popular social network. Although it originates from the US, English is not the most common language on the platform. In fact, only 34 percent of all Tweets are in English. Malay, which is spoken in Malaysia, Singapore, Indonesia, and a few other countries, is actually the fourth-most popular language on Twitter, accounting for 8 percent of all Tweets. But of those tweets, how many actually come from Malaysian residents?

Read more: Here’s data on Malaysia’s Twitter population, where they tweet, and who they follow (INFOGRAPHIC) http://www.techinasia.com/heres-data-malaysias-twitter-population-tweet-follow-infographic/
Twitter is the world’s fourth most popular social network. Although it originates from the US, English is not the most common language on the platform. In fact, only 34 percent of all Tweets are in English. Malay, which is spoken in Malaysia, Singapore, Indonesia, and a few other countries, is actually the fourth-most popular language on Twitter, accounting for 8 percent of all Tweets. But of those tweets, how many actually come from Malaysian residents?


Malaysia is home to 3.5 million Twitter users. However, only 21.8% of these users were active during the month of February. Approximately 162.4 million tweets were published in that time period, which means Malaysians sent out roughly 5.4 million tweets per day.

Also in Malaysia, three out of the five brands with the most followers on Twitter are airlines. In addition, four out of the five top brands are in the transportation industry.


Bravo to our Prime Minister, who has the most followers among other politicians and Lisa Surihani is in top list among our local artists.

Most twit location is in Kangar? Could that be due to Thailand's high-speed internent or perhaps its total community are highly IT literate.
Malaysia is home to 3.5 million Twitter users. However, only 21.8% of these users were active during the month of February. Approximately 162.4 million tweets were published in that time period, which means Malaysians sent out roughly 5.4 million tweets per day. This is quite high considering there are about 4.5 million tweets sent per day in Thai.

Read more: Here’s data on Malaysia’s Twitter population, where they tweet, and who they follow (INFOGRAPHIC) http://www.techinasia.com/heres-data-malaysias-twitter-population-tweet-follow-infographic/
Twitter is the world’s fourth most popular social network. Although it originates from the US, English is not the most common language on the platform. In fact, only 34 percent of all Tweets are in English. Malay, which is spoken in Malaysia, Singapore, Indonesia, and a few other countries, is actually the fourth-most popular language on Twitter, accounting for 8 percent of all Tweets. But of those tweets, how many actually come from Malaysian residents?

Read more: Here’s data on Malaysia’s Twitter population, where they tweet, and who they follow (INFOGRAPHIC) http://www.techinasia.com/heres-data-malaysias-twitter-population-tweet-follow-infographic/

Wednesday, April 23, 2014

CEO WANITA TREN LAJU ERL

Puan Noormah Mohd. Noor, CEO ERL

Perkhidmatan yang dikenali sebagai KLIA Expres dan KLIA Transit iaitu tren laju yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan Stesen Sentral Kuala Lumpur dikendali dan dikawal selia oleh Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL).

Semenjak bermulanya operasi pada bulan April 2002, perkhidmatan tren ini telah berjaya mengekalkan rekod kebolehsediaan tepat pada waktu yang cemerlang dan bertaraf dunia pada tahap 99.7 peratus.

Semenjak ditubuhkan, ERL telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa untuk perkhidmatan KLIA Ekspres VIP Service (Best Customer Service Award) sewaktu majlis Global AirRail Awards 2011 yang julung kalinya diadakan di Riga, Latvia.

Di sebalik pengiktirafan antarabangsa ini ialah seorang wanita. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Puan Noormah Mohd. Noor pula dianugerahkan Personality of the Year Award.

Wanita kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur ini sebelum menyertai ERL pernah bekerja sebagai Pengurus selama lebih dua tahun dengan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd. (PUTRA) pada pertengahan tahun 1997.

Pada bulan Oktober tahun yang sama, Noormah menyertai ERL dan dilantik sebagai Pengurus Besar selama 10 tahun. Bagaimanapun selepas sedekad bersama ERL, Noormah meletakkan jawatan bagi menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan kafe yang amat diminatinya.

Pun begitu, khidmatnya masih diperlukan dan beliau dilantik sebagai Penasihat kepada ERL apabila Ketua Pegawai Eksekutif sebelum beliau bersara. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ERL pada bulan Jun 2009.

Sejak dari mula menyertai ERL, beliau telah membangunkan bahagian kewangan dan berpengalaman dalam pengurusan syarikat. Setelah memegang jawatan CEO, tugas utamanya adalah meneliti kewangan syarikat. Pada masa yang sama, dunia menghadapi krisis kewangan namun beliau berupaya mendapatkan bantuan kewangan projek ERL.

Berbekalkan pengalamannya selama 10 tahun bersama CEO terdahulu banyak membantu dan memberikan lebih keyakinan untuk beliau meneruskan amanah dan kepercayaan yang diberikan.

Sebagai seorang CEO, beliau sedar akan memikul satu tanggungjawab yang berat, iaitu membuat pelan perniagaan, hala tuju pada kakitangan juga pada masa depan syarikat.

Bagaimanapun beliau amat bersyukur kerana mendapat kerjasama baik daripada kakitangan kerana mereka telah biasa bekerja dengannya dan pada masa yang sama beliau perlu memberikan motivasi kepada mereka. Puan Normah memiliki Diploma Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) dan melanjutkan pengajian hingga mendapat Ijazah dan menjadi ahli dengan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.

Sebagai seorang wanita, walaupun tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau terlalu berat namun beliau sentiasa bersikap positif terhadap tugasnya dan tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang membebankan.

Bagi Puan Noormah, beliau menganggap masalah sebagai cabaran dan mengamalkan kerja sebagai satu kumpulan serta melakukan kerja bersama-sama pegawai dan kakitangan tidak kira lelaki dan wanita. 

Sebagai ketua, beliau selalu memberi nasihat kepada kakitangan supaya jujur, tulus dan ikhlas semasa menjalankan tugas. Jangan mengharapkan sesuatu kerana jika kita jujur, ganjaran akan datang secara sendiri.

Daripada 130 orang kakitangan, 85 adalah staf khidmat pelanggan dan pegawai tiket. Puan Noormah selalu menekankan bahawa mereka adalah lambang ERL dan sekiranya perkhidmatan bagus, tidak ada sebab kehilangan pelanggan. Untuk pengetahuan, daripada segi khidmat tren, ERL adalah bertaraf dunia.

Setiap empat tahun, ERL akan membuat kajian khidmat pelanggan bagi mengetahui pandangan pelanggan serta kumpulan pelanggan yang banyak menggunakan tren dan mendapati pelanggan luar negara lebih ramai menggunakan tren ini. Mereka selesa dengan tren ini.

Berbanding dengan orang tempatan, mereka merasakan tambang sebanyak RM35 itu mahal namun ada juga yang berpendapat harga tersebut munasabah. 

Pengalaman terdahulu dengan syarikat telah memudahkan beliau menjalankan tugasnya sebagai CEO  selain daripada kebolehan menyeluruh dalam kewangan turut membantu perjalanan syarikat dan kakitangan seramai 130 orang. 

Cabaran paling hebat yang dihadapinya iaitu faktor global yang di luar kawalan di mana bisnes perkhidmatan ERL melibatkan penumpang kapal terbang seluruh dunia yang bergerak daripada lapangan terbang ke KL Sentral. Penumpang bergantung pada situasi global dan sensitif pada ekonomi global.

Jika dunia katanya, menghadapi masalah seperti SARS atau kemerosotan ekonomi, penerbangan turut terjejas dan memberikan kesan kepada khidmat ERL dan syarikat.

Bagaimanapun menurut Noormah, beliau gembira kerana daripada segi prestasi dunia, pencapaian ERL Malaysia dianggap terbaik dan dihormati. 

Perjalanan tanpa henti menaiki KLIA Ekspres mengambil masa selama 28 minit sahaja dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam dengan kekerapan perkhidmatan setiap 15 minit pada waktu puncak dan 20 minit di luar waktu puncak.

ERL juga telah menerima sijil ISO9001:2008 Quality Management System untuk kepuasan pengguna baru-baru ini sebagai pengesahan terhadap komitmen syarikat untuk mempertingkatkan mutu kerja dan perkhidmatan.

KLIA 2 MULA DIPAMERKAN...

Satu lawatan yang disertai Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama-sama CEO ERL, Puan Noormah Mohd Noor telah diadakan pada 21 April lalu untuk memastikan perlaksanaan berkenaan pengangkutan awam berjalan lancar.

Ini merupakan siri lawatan pengunjung pertama yang dihadiri juga wakil-wakil media.

KLIA 2 akan secara rasmi beroperasi pada 2 Mei akan datang dan beberapa kemudahan serta perkhidmatan telah dirakamkan. Di antaranya termasuk bilik-bilik hotel transit...










Manakala prasarana yang berkonsepkan oasis...





Kemudahan untuk penumpang dan pengunjung...

















Terminal untuk pengangkutan awam...





Dan lapangan pelepasan KLIA 2...