Tuesday, March 18, 2014

WANITA sangatlah istimewa ...




"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"

Jawapan Ustaz : "BERDOSA jugalah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanya Malaikat sebagai derhaka pd Allah SWT." 

Kerana isteri, rezekimu bertambah. 

Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu. 

Kerana isteri, makan pakai mu dijaga.
 
Kerana isteri, tenang hati mu. 

Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu. 

Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan matamu dan masih menerimamu seadanya. 

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil di matamu, ianya besar bagi dirinya. 

Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda, wahai yang bergelar suami. 

Renungan sepintas lalu... Mengapa WANITA sering menangis? 

Jawab Tuhan : Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa. KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya, KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman, KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia, KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah, KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi. 

WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru. 

WANITA sangatlah istimewa..

Berilah khabar gembira ini kepada WANITA yg kamu sayangi... juga kepada lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tau bahawa WANITA... ciptaan Tuhan yg istimewa.

No comments:

Post a Comment