Monday, March 24, 2014

#MH370 : IBU NAFI POLIS BERTINDAK KASAR

Heboh diperkatakan media antarabangsa seperti CNN dan Sky News, pihak PDRM bertindak kasar terhadap ibu kepada salah seorang penumpang MH370. Kini, Puan Liu Guiqui membuat pengakuan dan menceritakan kejadian sebenar;




Dengan terang Puan Liu berkata (pada minit 3.13);

“Itu tidak benar. Saya dikerumuni wartawan. Pada mulanya saya ingatkan seorang anggota polis muda mendekati untuk menahan saya."

"Pada awalnya saya tidak faham apa yang sedang berlaku. Tapi seseorang telah beritahu supaya saya tidak panik. Mereka yakinkan saya, mereka akan melindungi saya."

Liu telah menjelaskan juga bahawa beliau hanya ingin tahu perkembangan kehilangan MH370 dan ingin mendapat pertolongan ahli politik setelah tidak mendapat apa-apa maklumat.

Kedatangan Puan Liu ke Kuala Lumpur hanyalah untuk berjumpa anaknya seandai beliau kembali.

No comments:

Post a Comment