Saturday, March 29, 2014

PERTAMA KALI 2 WANITA BEREBUT JAWATAN DATUK BANDAR PARIS

Nathalie (kiri) dan Anne (kanan)

Selepas selesai pilihanraya kecil di Kajang yang menyaksikan pertandingan di antara 2 wanita, kini di Paris akan berlangsung pertandingan untuk merebut jawatan Datuk Bandar Paris atau "Madame le Maire" pertama.

Di dalam gambar di atas, sebelah kanan ialah Anne Hidalgo berumur 54 tahun, calon Sosialis, kelahiran Sepanyol yang merupakan Timbalan Datuk Bandar ketika mantan Bertrand Delanoe. Manakala, di sebelah kanan pula ialah Natalie Kosciusko-Morizt berumur 40 tahun, bekas menteri dalam kerajaan Nicolas Sarkozy.

Anne Hildago dikatakan calon popular. Didalam kempennya, beliau berjanji untuk meningkatkan perumahan rakyat, membina taman di atas atap dan mewujudkan lebih banyak kemudahan pusat penjagaan kanak-kanak untuk ibubapa yang bekerja.

Manakala Nathalie Kosciusko-Morizet (kiri) pula adalah harapan bagi parti Sosialis mendapatkan semula Paris setelah 13 tahun memerintah. Beliau pernah menyertai pasukan Tentera Laut dan semenjak tahun 2000 beliau telah menyertai parti berhaluan kanan UMP dan dilantik sebagai Setiausaha yang bertanggungjawab terhadap persekitaran dan kemudiannya pada tahun 2010 sebagai Menteri Ekologi.

Didalam siri kemepennya pula, dengan berdasarkan rancangan mesra hijau, Nathalie berjanji membina zon pejalan kaki yang lebih luas, laluan pengangkutan baru dan juga lebih pelaburan dan teknologi hijau.

Politik di Perancis  telah lama tidak ketengahkan kaum wanita, maka pemilihan ini diharapkan dapat menjadi sejarah. Hari ini, kaum wanita terdiri daripada hanya 13.9% yang terlibat dalam dunia politik.

No comments:

Post a Comment