Wednesday, March 12, 2014

#PRKKajang : SOKONGAN WANITA UNTUK WANITA

Setelah diumumkan hanya dua calon wanita akan bertanding bagi PRK N25 Kajang semalam, maka ini menunjukkan undi wanita akan menjadi penentu kemenangan di antara calon BN yang diwakili Datin Paduka Chew Mei Fun dan wakil calon PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.



Terdapat 60 peratus pengundi wanita di Kajang yang terdiri daripada masyarakat majoriti Cina dan Melayu.

Kaum wanita memang terkenal sebagai pengundi setia dan jika di dalam parti, kaum wanita selalunya merupakan ahli yang sentiasa melakukan kerja-kerja meraih undi dari rumah ke rumah di mana, kaum lelaki lebih menggemari dijadikan sebagai pemandunya.

Sekiranya diadakan program-program politik, kaum wanitalah yang diperlukan bagi menentu pengunjung-pengunjung yang hadir dapat menjamu selera.

Di hari pencalonan 2 wanita ini, tidak dinafikan lebih ramai kaum wanita yang telah keluar bersama-sama turun memberi sokongan.

Lihat saja kehadiran mereka;

WANITA BN...














WANITA PAKATAN...




No comments:

Post a Comment