Sunday, March 23, 2014

WANITA BIRU DI #KAJANG

GELOMBANG BIRU Wanita Barisan Nasional memang terkenal pada mana-mana pilihanraya samada PRU, pilihanraya kecil ataupun PRN di Sarawak.


Gelombang biru yang dibawa wanita BN di PRK Kajang dimantapkan lagi apabila disatukan dari komponen-kompen parti Barisan Nasional.




 
Kehadiran mereka telah menyebabkan pihak pembangkang memang sentiasa takut dengan kehadiran Wanita BN kerana sokongan yang ramai dan wanita BN juga sangat konsisten dalam kerjasama dengan parti komponen.

Barisan Nasional (BN) terus melipat gandakan usaha bagi meraih undi penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang meskipun tempoh tamat kempen hanya beberapa jam sahaja lagi.

Inilah gerakan Jalinan Rakyat dari BN untuk pengundi-pengundi Kajang yang pasti memeriah suasana PRK Kajang nanti.

Seramai 39,278 pengundi Dun Kajang akan membuat pilihan mereka antara calon BN Datina Chew Mei Fun dan Presiden PKR Datik Seri Wan Azizah Wan Ismail.

No comments:

Post a Comment