Monday, March 3, 2014

HUKUMAN UNDANG-UNDANG KHUSUS UNTUK IBUBAPA CUAI


Beberapa rang undang-undang dalam Akta Kanak-Kanak 2001 bakal diganti ataupun dipinda sebagai usaha memperkasa hak kanak-kanak dan penambahan  peruntukan hukuman khidmat masyarakat terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak diunumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

Namun menanti keputusan Peguam Negara untuk memutuskannya. 

Apabila terdapat banyak kes kecuaian, hukuman lain selain daripada hukuman penjara perlu diwujudkan  seperti menjalani hukuman khidmat masyarakat selama beberapa jam, sesi kaunseling serta kursus keibubapaan.

Kementerian juga akan mempertingkat kerjasama dengan polis dari semasa ke semasa dalam memantapkan penguatkuasaan undang-undang terutamanya membabitkan kanak-kanak yang dipaksa mengemis. 

Gejala kanak-kanak yang mengemis di kedai-kedai makan akan mendapat kerjasama PDRM bagi membanteras kegiatan ini.

Sejak 2010 hingga tahun lepas, seramai 240 kanak-kanak telah dapat diselamatkan oleh kementerian daripada menjadi pengemis dan 19 orang ibu dan bapa dikenakan bon kerana cuai menjaga anak mereka.

Pihak kementerian juga akan memperketat akta sedia ada termasuk Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Penyeludupan Orang dan Imigran 2007, Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Tepi Jalan 1947 dan Akta Orang-orang Papa 1977.

No comments:

Post a Comment