Wednesday, March 5, 2014

WANITA BERPERANG DI #PRKKajang

Bila kita sebut wanita dan perang, maka ramai akan terbayang adengan tarik-tarik rambut, caci maki, guling-guling atas tanah dan yang pasti ialah penontonnya mesti di kalangan lelaki.

Kali ini, berperang yang dimaksudkan ialah pertandingan di medan politik bagi menentukan menang atau kalah parti yang bertanding.

Apabila dilihat sejarah politik tanahair, kaum ibu dan wanita telah menjadi faktor penentu kepada masa depan parti-parti politik kerana demografi pengundi di Malaysia telah menunjukkan kaum wanita yang paling ramai turun mengundi dan mereka juga adalah pengundi setia.

Di pilihanraya kecil Kajang akan datang, nampaknya wanita BN telah menerajui berkempen untuk kemenangan calonnya.



Ini juga telah disarankan oleh Timbalan Presiden BN agar jentera Jalinan Rakyat Wanita BN sebagai barisan hadapan parti dalam menghadapi PRK DUN Kajang. Malahan beliau sangat yakin jentera Jalinan Rakyat Wanita BN akan menjadi penentu kepada kemenangan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Semua jentera Wanita BN di DUN Kajang diseru untuk turun padang dan pergi ke semua 16 pusat daerah mengundi di Kajang bagi membantu masyarakat yang mengundi di sini agar dapatmemberikan perkhidmatan yang baik kepada penduduk di Kajang.

Bayangkan kesemua wanita BN ini bersatu tenaga dan hati turun padang ke Kajang nanti...






Yang pasti, rakyat Kajang akan dilayan mesra dan seandainya ada pengundi yang mengalami kesukaran untuk keluar mengundi, carilah mereka... pasti pergerakan anda dipermudahkan dan yang lebih penting, selepas mengundi... pasti ada jamuan selera... silakan!


No comments:

Post a Comment