Saturday, March 29, 2014

HUKUMAN PASANGAN SUAMI ISTERI DI SWEDEN BERAKHIR HUJUNG TAHUN INI


Mahkamah Daerah Solna di Stockholm telah menjatuhkan hukuman pasangan suami isteri, Azizul Raheem seorang pegawai Tourism Malaysia di Sweden sehingga 10 bulan sementara isterinya dihukum selama 14 bulan setelah didapati bersalah kerana mendera anak-anaknya.

Pengerusi "Volunteer Lawyers For All (SUKAGUAM), Datuk Khairul Anwar Rahmat telah mengesahkan hukuman tersebut dari wakil pergerakan mereka yang berada di sana ketika hukuman dijatuhkan pada kira-kira 6 petang waktu tempatan.

Pasangan tersebt dijatuhkan hukuman dari 6 bulan hingga 6 tahun kerana kesalahan itu tetapi dengan keputusan hari ini, mereka dijangakan mengakhiri hukuman pada akhir tahun ini.

Kedua-dua pasangan tersebut telah pun menjalani reman semenjak 18 Disember berikutan penahanan mereka.

Walaubagaimanapun, pihak Sukaguam telah menasihat ahli keluarga mereka untuk membuat permohonan rayuan di mana di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati hanya mempunyai tempoh 3 minggu untuk merayu.

YB Mas Ermieyati Samsudin selaku Ketua Puteri UMNO menyeru agar masyarakat menghormati keputusan mahkamah Sweden sepertimana keputusan mahkamah dan perundangan di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan diharap dapat membantu pasangan itu dengan menggunakan seluruh saluran hubungan diplomatik dan bantuan pakar perundangan yang ada memandangkan mereka mempunyai tempoh tiga minggu untuk mengemukakan rayuan.

Bayangkan perasaan Shalwati  terutama sebagai seorang ibu, kerana tempoh 14 bulan di dalam penjara bakal memberi tekanan mental yang bukan sedikit kepada beliau walaupun keempat-empat anak mereka kini di bawah jagaan saudara mara di Kelantan semenjak Februasi lalu. Kita sama-sama memanjatkan doa agar rayuan pasangan ini kelak memperoleh kejayaan.
 

No comments:

Post a Comment