Wednesday, March 12, 2014

#PRKKajang : 2 WANITA 1 PERTANDINGAN

Setelah sekian lama berspekulasi, akhirnya hanya 2 wanita yang akan bertanding di PRK N25 Kajang pada 23 Mac nanti.

Yang menariknya, calon-calonnya adalah wanita. Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN/MCA dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili PKR.

Kehendak rakyat atau Kehendak suami?

Di dalam membuat pemilihan, faktor peribadi calon merupakan penilaian yang paling utama perlu diambilkira selain manifesto yang akan dikemukakan kepada pengundi nanti.

Oleh itu, apa kata kita membuat perbandingan peribadi calon;


Datin Paduka Chew Mei Fun telah diumumkan sebagai calon BN untuk bertanding di PRK Kajang pada 21 Februari. BN telah memilih seorang wanita bangsa Cina yang mempunyai rekod peribadi dan kerja yang sangat cemerlang.

Disamping itu, Mei Fun juga terkenal sebagai seorang yang berprinsip, berintegriti dan dedikasi.

Masyarakat Cina mengenalinya bukan sahaja ketika beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti tetapi kerja-kerja sosial ketika mengetuai Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM).

Beliau juga terkenal di kalangan ahli-ahli Parlimen kerana memperjuangkan hak-hak wanita dan kedudukan mereka di dalam pelbagai sektor, mengemukakan memorandum untuk peruntukan NGO-NGO wanita cina.

Berbanding dengan penamaan pencalonan Wan Azizah yang dilakukan kerana menggantikan suaminya, Anwar Ibrahim yang telah dijatuhkan hukuman di dalam kes meliwat pembantu peribadinya.

Memang ramai mengenali Wan Azizah tetapi ramai pula yang tertanya-tanya sumbangan yang pernah diberikan kepada rakyat terutama di kalangan wanita walaupun satu ketika beliau pernah di kedudukan sebagai isteri Timbalan Perdana Menteri.

Selain dilantik sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah hanya kelihatan lebih berada di belakang suaminya yang diberi jawatan sebagai Ketua Umum.

Setakat ini, slogan yang dibawa Wan Azizah iaitu "Dari Kajang ke Putrajaya" telah membuktikan Wan Azizah dipilih hanya untuk meneruskan cita-cita suaminya sahaja iaitu mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Khalid Ibrahim.

Oleh itu, pilihan di antara calon BN dan PKR hendaklah mengutamakan kehendak rakyat melebihi kehendak suami.

Pengundi Kajang perlu menilai dengan bijak dan bukan emosi...

 

 

No comments:

Post a Comment