Friday, September 19, 2014

EROPAH TERKEJUT MALAYSIA ADA CEO WANITA DALAM PERBANKAN ISLAM


Berkongsi pengalamannya ketika sedang berucap pada satu persidangan di Eropah, beliau telah disoal oleh seorang individu, bagaimana beliau sebagai seorang wanita boleh bercakap mengenai kewangan Islam.

Inilah bezanya di Malaysia, terdapat pelbagai usaha berterusan dari kerajaan bagi kepelbagaian gender. Memang benar kata Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank Bhd, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.

Selama ini apa yang didakwa sesetengah pihak bahawa di Malaysia diskriminasi gender berlaku di tahap kritikal adalah meleset sama sekali. Ada pula dakwaan di kalangan ahli politik pembangkang mendakwa kegagalan kerajaan membanteras budaya diskriminasi membabitkan gender menyebabkan golongan wanita negara ini dipinggirkan dalam banyak keadaan.

Ketika pembentangan bajet 2014 pula, pembangkang menuduh tindakan kerajaan yang tidak memberi tumpuan terhadap agenda memperkasakan wanita hingga menyebabkan jurang gender di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin melebar dan kerajaan sekadar memberi tumpuan kepada aktiviti kebajikan bukannya memperkasakan golongan wanita.

Di Malaysia, dua daripada 16 institusi kewangan Islam kini mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif wanita dan tiga daripada 11 ahli Lembaga Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga merupakan wanita.

Angka itu menunjukkan usaha yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita kepada 55 peratus pada tahun 2015, berbanding 52.4 peratus pada masa sekarang. 

Usaha itu sama seperti yang dilakukan Jepun dan Korea Selatan dan bertujuan untuk meluaskan bakat yang ada dan membantu Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pusat terkemuka dunia bagi kewangan Islam. 

Untuk rekod, hanya sebuah bank syariah di Asia Barat yang mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif wanita.

Saiz industri kewangan Islam Malaysia telah membuktikan dengan adanya wanita memegang jawatan eksekutif, ia membolehkan bank-bank mempunyai lebih banyak pandangan yang pelbagai. Bakat dan kebolehan merupakan kriteria utama apabila merekrut pekerja dan bank-bank di Malaysia tidak mengamalkan diskriminasi jantina.

Bagi Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pula, seseorang individu itu perlu menunjukkan keupayaan, pengetahuan dan latar belakang serta rekod mereka tanpa mengira jantina. Kedudukan seseorang perlu dinilai berdasarkan kredibiliti dan pengetahuan bukan dari segi jantina.



No comments:

Post a Comment