Friday, September 19, 2014

'30 Percent Club' IKUT ACUAN KITA SENDIRI



Iinisiatif dikenali sebagai '30 Per cent Club' bertujuan meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan sedang mendapat perhatian pihak kerajaan di mana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) kemungkinan cadangan bagi Malaysia mempunyai kelabnya sendiri melalui mekanisme dan acuan kita sendiri.

Kelab yang sama dilaksanakan di beberapa negara antaranya United Kingdom itu dilihat berjaya menonjolkan wanita berkebolehan bagi mengisi jawatan tinggi di sesebuah organisasi.

Kepimpinan bukan sahaja dalam organisasi formal tetapi juga dalam pelbagai konteks kehidupan, dan faktor utama penentu kejayaan adalah setiap wanita perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan bersesuaian dengan peredaran masa
 
Berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia 2013, 78.6 peratus daripada keseluruhan jumlah wanita yang bekerja adalah pekerja dalam sektor swasta.

Di dalam sektor awam juga terdapat kumpulan dan bilangan pemimpin wanita yang mampu membawa perubahan kepada cabaran bagi kesaksamaan gender.

Bilangan wanita yang memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dijangka terus meningkat menerusi usaha Jabatan Perkhidmatan Awam yang melaksanakan laluan peningkatan kerjaya secara 'fast track' bagi pegawai kumpulan pengurusan dan profesional berpotensi tinggi. Pada 2013, 205,557 atau 62 peratus daripada jumlah pegawai awam di peringkat pengurusan dan profesional adalah wanita.

Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyediakan peluang keusahawanan kepada wanita antaranya dengan menyediakan skim pinjaman mudah bagi usahawan wanita yang menceburi perusahaan kecil dan sederhana.

Penggubalan dasar serta menyediakan insentif juga telah disediakan oleh kerajaan untuk sektor swasta bagi meningkatkan guna tenaga wanita dan memastikan golongan itu terus kekal dalam pekerjaan serta berupaya mengisi jawatan-jawatan tinggi.

Diharapkan semua pemimpin wanita yang memegang jawatan tinggi dalam sektor awam supaya terus menjadi teladan dan pencetus inspirasi kepada pegawai awam wanita yang lain untuk meningkatkan kebolehan dan pencapaian bagi melayakkan diri memasuki 'fast track'.

Helena Morrissey, CEO, Newton Investment Management adalah pelopor 30% Club yang telah dimulakan di England pada tahun November 2009 bermatlamatkan agar pencapaian 30% kouta didalam pembuat keputusan samada di dalam kerajaan mahupun swasta. Keahliannya terdiri daripada CEO dan Pengerusi sesebuah organisasi.

Di antara strategi gerak kerjanya adalah dengan menggalak dan meyokong Pengerusi sesebuah organisasi melantik lebih ramai wanita di Lembaga Pengarah. Kelab ini juga memberi nasihat secara strategik kepada kumpulan-kumpulan antarabangsa. Ceramah dianjurkan di sekolah, universiti dan program-program antarabangsa. Kelab juga akan memantau kemajuan yang boleh membawa ke target 30%.


No comments:

Post a Comment