Timbul kebimbangan kini apabila melihat semakin ramai wanita terutama remaja yang terbabit dengan jenayah.
Apabila tahap moral seorang wanita itu rendah, lambat laun generasi yang dididik oleh wanita akan lahir dengan nilai moral yang rendah juga. Golongan remaja bakal menjadi ibu yang akan mendidik generasi akan datang dan sekiranya mereka sejak awal sudah terpalit dengan jenayah, maka bagaimana rupa generasi yang bakal dilahirkan kelak.
Apabila tahap moral seorang wanita itu rendah, lambat laun generasi yang dididik oleh wanita akan lahir dengan nilai moral yang rendah juga. Golongan remaja bakal menjadi ibu yang akan mendidik generasi akan datang dan sekiranya mereka sejak awal sudah terpalit dengan jenayah, maka bagaimana rupa generasi yang bakal dilahirkan kelak.
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah pembabitan
kanak-kanak serta remaja perempuan dalam kegiatan jenayah adalah 30
peratus pada 2009 berbanding 10 peratus pada 2005, iaitu meningkat dari
300 kes kepada 1,000 kes.
Punca jenayah di kalangan wanita antaranya adalah dari desakan naluri untuk mencuba sesuatu yang baru serta usaha
untuk meletakkan wanita setanding dengan lelaki, tetapi telah
dipesongkan oleh tindakan segelintir yang terlalu cetek pemikiran
mereka. Aktiviti baru di usia muda sehingga menyamai aktiviti lelaki dengan cara
berkomunikasi secara kasar, merokok, bergaduh, ponteng sekolah yang
secara sedar atau tidak mendedahkan mereka untuk melakukan jenayah.
Ini ditambah dengan keadaan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan karier
sementara sikap yang tidak peka dengan keadaan sekeliling menjadi ruang
serta peluang seseorang remaja melakukan apa sahaja mengikut naluri dan
nafsu mereka.
Wanita mempunyai hak untuk mempertahankan apa yang menjadi hak mereka
termasuk keselamatan diri mereka sendiri agar tidak ditindas, tetapi
haruslah dengan cara yang sewajarnya dan bukannya bertindak agresif,
liar sehingga mengganggu hak orang lain dan terlibat dalam melakukan jenayah.
Usaha mengekang penularan pembabitan remaja atau wanita dalam kegiatan
jenayah perlu dilakukan dari peringkat awal iaitu bermula daripada
institusi kekeluargaan.
Kanak-kanak perlu dilindungi dari kecil dan dididik dengan didikan yang
baik, jadi institusi kekeluargaan yang mantap perlu wujud untuk
memainkan peranan dalam memastikan remaja perempuan tidak terlibat
dengan perkara yang tidak elok. Remaja itu sendiri juga perlu pandai memilih rakan-rakan serta
memikirkan hala tuju perjalanan mereka supaya tidak terpesong manakala
komuniti pula perlu lebih peka terhadap remaja.
No comments:
Post a Comment