Bekas setiausaha sulit kepada Menteri Besar
Selangor, Faekah Husin menyelar kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
yang sebelum ini cuba mempertahankan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim
sebagai ‘dangkal’.
Bagi mempertahankan tindakan bodoh parti itu,
yang mengkhianati amanah rakyat, Rafizi mengatakan kehadiran Anwar bertanding
di Kajang adalah penting untuk menghalang kerajaan Barisan Nasional (BN) dari
menggunakan situasi darurat untuk merampas negeri itu.
“Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung
pentadbiran kerajaan negeri dan ia pernah berlaku sebelum ini,” katanya sebelum
ini.
Faekah yang dipetik melalui laman twitternya
pada 4 Februari lalu, menyifatkan kenyataan Raizi itu sebagai ‘dangkal’ kerana
cuba menjadikan alasan yang tidak masuk akal itu untuk memujuk hati rakyat yang
sedang marah dengan permainan ‘politik kotor’ PKR.
Menurut laman web rasmi Pusat Rujukan Persuratan
Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud bagi bagi penggunaan perkataan
‘dangkal’ ialah :
1. Tidak faham benar,
tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu) atau cetek.
Sila rujuk : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dangkal%3B&d=10
Paling menarik apabila, ‘tweet’ faekah
itu turut di sokong oleh para penyokong parti PKR yang jelas tidak bersetuju
dengan cara yang digunakan. Ia juga secara tidak langsung membuktikan parti itu
sanggup mengkhianati amanah rakyat dan mempermainkan sistem demokrasi
semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi Anwar.
Berikut adalah antara komen yang bersetuju
dengan pandangan yang diberikan oleh Faekah itu:
Berguling-guling baca kak. Patut bagi tahu je yang betul. Tak ada la (kena) kutuk-kutuk – JDT ScouseIt is hilarious how your chief strategist @rafiziramli spins strategy but surprisingly@Ambiga_S believes it – Rais HussinAwat la bodoh piang sangat si rafizi ni? – Abu HanimBila kera dapat kuasa, pisang di sangka senjata.. itu je standard pengarah strategi#wasted – Tuan PenasihatBagus ler @faekah_qkn5 sudah tahu rafizi ni dengkal dan bodoh sombong@HasniYatim @MediaSelangorku – Ismail Ahmad
Pilihan raya kecil dah jadi pilihan raya kelakar. Tak rasional langsung – Khairi al-AttasBila sudh tepu + tiada lg justifikasi yg kukuh utk mmberikn alasan = merapu? – Rasbima
No comments:
Post a Comment