Tuesday, February 25, 2014

BR1M BUKAN RASUAH




Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah daripada kerajaan sebaliknya pemberian wang tersebut bertujuan memantapkan ekonomi sekaligus mengukuhkan pendapatan rakyat melalui langkah-langkah fiskal dan rasionalisasi subsidi.
 
Pemberian BR1M merupakan bukti keikhlasan kerajaan BN membantu rakyat dan masuk kali ketiga disalurkan kepada golongan sasar.

“Mereka (penerima BR1M) hargai (bantuan ini) dan tidak rasa ini tidak baik. Mereka ucap terima kasih dan hargainya (kerana) dapat kurangkan beban. Bantuan ini sudah ada impak. Saya tidak fikir mereka akan termakan (dakwaan) pembangkang.

Pihak pembangkang bimbang dengan pemberian BR1M kerana langkah ini dilihat dapat mengurangkan pengaruh mereka kerana usaha kerajaan membantu rakyat di mana pembangkang menyifatkan BR1M adalah satu bentuk rasuah kerajaan kepada rakyat.

Pembangkang juga mendakwa BR1M membawa pembaziran kerana bantuan itu merupakan hasil penjimatan subsidi sebelum disalurkan terus kepada rakyat berpendapatan rendah.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, apabila adanya kekuatan ekonomi, baharulah kerajaan dapat membantu rakyat. Dengan adanya rekod urus ekonomi negara yang begitu cemerlang dan ekonomi negara tidak kucar kacir, pendapatan negara meningkat. Hasil dalam negara juga bertambah.

Telah diumumkan bahawa BR1M akan diteruskan selagi kerajaan BN menerajui negara dan jumlah bantuan  akan dinaikkan secara berperingkat sehingga RM1,200


No comments:

Post a Comment