Thursday, February 13, 2014

INFO KESELAMATAN : Panduan Beladiri Wanita 1

BILAKAH kali terakhir anda berkata, ‘berhati-hati’? Barangkali kita berkata-kata mengenai berulang kali pada ahli keluarga kita, kawan-kawan dan juga pada orang yang kita tidak kenali. Tapi yang pastinya bukan itu yang menjadi perbincangan kita di sini. Cuma ianya memetik tentang keselamatan diri yang senang kita lafazkan tetapi kerap kita abaikan. Inilah topik yang ingin saya bincang dan kongsi dengan pembaca dalam BLOG ini yang bertajuk 'Panduan Beladiri Wanita'.



Jenayah kini berlaku dalam pelbagai bentuk dan sifat. Malah ia kini menjadi sebahagian dari budaya dan hiburan bagi golongan mereka yang berstatus samseng! Walaupun sekolah-sekolah beladiri tumbuh melata di sekitar negara seluruh dunia, ia sedikit pun tidak mampu mendatangkan gentar di lubuk hati mereka yang bergelar samseng atau pembikin jenayah ini.
Situasi ini amat membimbangkan kita, apa yang akan terjadi pada generasi kita akan datang? ...Jawapannya ; hancur, punah-ranah dan yang paling menakutkan kita bakal dijajah semula!

Buat kaum wanita, anda perlu berhati-hati. Saya mengingatkan pada semua kerana anda golongan hawa ini sering dan senang terdedah kepada sasaran penjenayah. Memang tidak dinafikan, kaum lelaki juga turut menjadi sasaran tetapi semua pemangsa akan tertumpu pada golongan yang lemah dan senang di atasi.

Sebelum anda menjadi mangsa kepada pemangsa yang buas ini, lebih baik anda mempersiapkan diri dengan ilmu beladiri, bak kata orang, ‘tak dapat banyak pun tak apa, janji sedikit tu ada dan berkesan tapi jangan tiada langsung!’. Ingat!!! Bahaya akan menimpa anda tidak kira tempat dan masa, jangan berserah sahaja pada tuhan tanpa kita usahakan sesuatu.

No comments:

Post a Comment