Wajah kesayangan Wan Azizah... ada bantahan? |
Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya
Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil
menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan
mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Abdul Khalid Ibrahim.
"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita
sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela.. jadi kita
teruskan. Kehadiran Anwar (di Selangor) pula, hanya nak membantu.. "
katanya semalam apabila diminta mengulas mengenainya.
Anwar sebelum ini menyifatkan pentadbiran
Khalid lemah kerana gagal menguruskan dana kewangan negeri dengan baik sehingga
menyebabkan Selangor mempunyai lebihan kewangan yang banyak seperti yang
dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
Dia turut membayangkan wujud kemungkinan
untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali
mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.
Ketika diwawancara oleh Australia’s
Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding
dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model, sebelum
pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.
Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak
media baru-baru ini, Anwar sekali membayangkan dia akan menerajui kepimpinan
negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan
kerjasama.
“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang
ikut proses pakatan” katanya.
Paling menarik, portal pro-pembangkang,
Malaysiakini juga seolah-olah menyokong idea untuk ‘memecat’ Khalid itu apabila
sering melaporkan artikel yang berkaitan dengannya. Sidang redaksi portal
tersebut turut melaporkan kajian, kononnya 576 warga Kajang (yang dianggap
sebagai suara majoriti penduduk Kajang) turut bersetuju dengan cadangan dan
harapan Anwar, untuk bergelar Menteri Besar.
Disebabkan spekulasi itu juga beberapa
orang pimpinan Pas, tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’
itu antaranya kepimpinan sayap Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Selangor yang
menyifatkan PRK Kajang sebagai membazirkan wang rakyat.
Desas-desus mengatakan, Anwar dikatakan
sudah pun mendapat sokongan DAP namun masih pening dengan penegasan Pas yang
kononnya mahukan Khalid terus kekal dalam jawatan itu.
Paling menarik, ada yang
mengatakan, sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid
menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.
No comments:
Post a Comment