Showing posts with label Afghanistan. Show all posts
Showing posts with label Afghanistan. Show all posts

Monday, July 7, 2014

WANITA AFGHANISTAN BERBASIKAL DEMI KEBEBASAN


Di dalam sebuah negara seperti Afghanistan yang masih mengamalkan tradisi lama dan penganut ugama Islamnya yang sangat fanatik, apa saja yang dilakukan oleh kaum wanitanya akan mendapat renungan tajam dari kaum lelakinya.

Sukan bukanlah untuk wanita di Afghanistan tetapi kini, beberapa kaum wanitanya telah berbasikal untuk menunjukkan kebebasan.

Sisi seorang wanita pada basikal mungkin tidak luar biasa di kebanyakan tempat di dunia, tetapi ia adalah satu anomali menarik di Afghanistan di mana adat istiadat Islam ketat difikirkan tidak patut sukan untuk wanita.

Sekumpulan 10 wanita Afghanistan berlatih untuk persediaan kelayakan bertanding Sukan Olimpik 2020 dengan harapan memenangi pingat telah menggalakkan wanita-wanita Afghanistan menyertai sukan ini.

Bagi Marjan Sidiqqi, 26 tahun yang juga merupakan jurulatih pasukan ini, menganggap berbasikal sebagai satu simbol kebebasan. Mereka berbasikal bukan untuk mesej politik tetapi itu yang mereka kehendaki, itu yang mereka gemar kerana jika ada di antara saudara lelaki mereka boleh, mengapa perlu mereka disekat.

Mereka berlatih dari Kabul hingga ke pergunungan berdekatan Paghman di dalam pakaian tracksuit, berjersi dan topi keledar yang sesuai. Seramai 6 ahli berumur di antara 17 hingga 21 tahun telah bersama-sama menjalankan latihan.
Tiga belas tahun sejak Taliban digulingkan daripada kuasa, wanita Afghanistan telah mengambil langkah berani ke arah kemajuan pendidikan dan kesihatan.

Ahli parlimen wanita tidak lagi terkongkon dalam politik Afghanistan dan pilihan raya yang sedang berlaku menyaksikan penyertaan wanita sebagai calon naib presiden pertama negara.

Ini juga menandakan perubahan besar dalam hak-hak wanita dari era Taliban, apabila wanita tidak dibenarkan untuk meninggalkan rumah mereka tanpa muhrim dan telah ditindas dengan kejam serta
walaupun wanita mempunyai suara tetapi masih tidak boleh didengar.
 

Monday, June 9, 2014

NASIB PASUKAN BOLASEPAK WANITA AFGHANISTAN


Dalam sebuah negara di mana kebanyakan wanita kekal rakyat kelas kedua satu kumpulan telah memecah tembok halangan ini dengan membentuk pasukan liga bola sepak wanita Afghanistan.

Sebenarnya sukan ini sangat popular di Afghanistan walaupun kemudahan asas sukar didapati di luar kawasan bandar. Apatah lagi jika ingin melihat kumpulan wanita di padang bola. 


Tetapi baru-baru ini di perlawanan seprauh akhir Liga Perdana Wanita Kabul di Stadium Kebangsaan Bolasepak, jeritan dan sorakan dari suara wanita tidak tenggelam dengan keadaan hujan lebat dan kerusi penonton kelihatan hampir kosong.

Bukan mudah untuk masyarakat Afghanistan walaupun di bandar-bandar menerima permainan bolasepak di kalangan wanita. Namun, masa dan waktu telah merubah dan lebih ramai ibubapa yang telah beri kebenaran kepada anak-anak gadis mereka menyertai pasukan bolasepak.
 
Jawatankuasa Persekutuan bolasepak Afghan telah ditubuhkan hanya pada 2004. Pada awal penubuhannya, ahli jawatankuasa hanya memilih pemain mereka melalui peminat dari sekolah-sekolah tempatan. Agak sukar untuk mencari remaja perempuan dan wanita muda yang sanggup mengambil risiko dan langkah untuk menyertai liga ini.


Apabila jawatankuasa mula dilantik, hanya tujuh pelatih sukan dari sekolah tempatan dari sekitar Kabul. Tetapi pada hari ini, telah ada peningkatan yang menggalakkan dengan 1,000 penyertaan.

Di samping kesukaran penyertaan wanita, Afghanistan juga berhadapan dengan masalah peruntukan. Ini juga dialami oleh Pasukan Kebangsaan Bolasepak yang disertai kaum lelaki. Oleh itu, kerajaan Afghanistan hanya mampu menyediakan padang dan program latihan untuk pemain lelaki sahaja.


Tuesday, April 29, 2014

5 NEGARA PALING BAHAYA UNTUK WANITA

5 negara paling bahaya untuk wanita

Afghanistan - Sahar Gul, gadis diseksa suami
  Dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.


Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.


Jurucakap polis Baghlan mendapati suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan  lidahnya dikerat dengan playar.


Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.


Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.


Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.


 
Pakistan - Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
 
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.


Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.


Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.


Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.


Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.


Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

 

India - Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki

Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.


Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.


Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.


Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.


Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.



Tahukah anda?
 
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.


Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.


Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.


Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.


Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.


Sunday, April 6, 2014

FOTO MENARIK WANITA AFGHANISTAN BERSUARA DI PETI UNDI


Pada 5hb April 2014, adalah hari penentuan masa depan Afghanistan di mana rakyatnya keluar mengundi untuk memilih Presiden baru serta barisan kabinetnya.


Yang paling menarik pilihanraya presiden kali ini, jumlah pengundi yang keluar adalah di luar jangkaan yang meliputi sekitar 7 juta pengundi berdaftar walaupun sebelum ini pihak Taliban telah menghantar berbagai-bagai bentuk ancaman.

Di antara isu-isu besar yang diperjuangkan rakyat Afghanistan ialah menentang regim Taliban kerana ketika pemerintahan mereka, wanita dipinggirkan dan hanya layak dikurung di rumah.

Hari ini, wanita telah diberi hak mereka dan dari gambar yang dihimpun semalam, nyata taraf wanita telah ditingkatkan bukan saja sebagai pengundi malah sebagai calon pilihanraya yang ditulis sebelum ini ... DI SINI














Selain dari wanita-wanita yang berburqa, Afghanistan juga memiliki wajah-wajah jelita yang kini telah berani ke hadapan.








Tidak kira muda... warga emas juga diberi peluang;



Ibu-Ibu bersama anak-anak mereka ...





Saturday, April 5, 2014

SARABI WANITA PERTAMA PECAH TRADISI KOLOT AFGHANISTAN


Habiba Sarabi, wanita pertama Afghanistan dan satu-satunya gabenor wanita, telah mencatat sejarah Afghanistan sebagai wanita pertama bertanding calon Timbalan Presiden di dalam pilihanraya presiden hari ini.

Berusia 57 tahun, di dalam satu kem bersama-sama bekas Menteri Luar Negara Zalmy Rassoul. Sebagai seorang hematologis, ahli politik dan pejuang reformasi pasca-Taliban pembaharuan Afghanistan, Sarabi telah dilantik sebagai Gabenor Wilayah Bamyan oleh Presiden Hamid Karzai pada tahun 2005, kini adalah wanita Afghan
yang pertama sebagai seorang gabenor wilayah. Sarabi juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Afghanistan, Menteri Kebudayaan dan Pendidikan. Kini, beliau bersungguh-sungguh menggalakkan hak wanita dan mewakili isu-isu alam sekitar.

Pencalonan Sarabi merupakan simbol menarik di dalam perubahan sosial di negara itu. Sebelum 2001, sebarang cadangan agar wanita menduduki jawatan tertinggi politik dianggap sebagai mustahil. Di bawah pemerintahan Taliban, wanita berbuqa dan perlu meminta izin dari muhrimnya untuk keluar rumah, dan ana-anak perempuan pula tidak bersekolah.

Sejak kejatuhan Taliban, wanita telah banyak manfaatkan dari peluang pendidikan dan pekerjaan. Bagi menggalakkan pembabitan mereka dalam politik, undang-undang Afghan telah memperuntukkan kuota untuk kerusi wanita di parlimen dan majlis wilayah. Wanita terdiri daripada 40 peratus pengundi pada pilihanraya presiden tahun 2004 dan 2009.

Afghan akan menyaksikan lebih kurang 3.6 juta pengundi pada pilihanraya presiden tahun ini, di mana satu pertiga darinya adalah wanita dan setiap daripada 8 calon yang bertanding telah memuji sumbangan wanita.

Dalam pada itu, 300 calon wanita adalah di antara 2,700 calon-calon yang bertanding kerusi majlis wilayah kali ini.

Bagi Sarabi, pencalonannya sangat bermakna kepada negaranya dan beliau yakin penglibatan wanita dalam arena politik mampu memberi pengaruh ke atas kemajuan sosial di Afghanistan. Beliau menegaskan bahawa perubahan ini tidak akan diubah di negaranya, dan harapan di kalangan wanitanya terus membara, tanpa mengira status samada golongan Taliban atau pengaruh Barat atau samada beliau berjaya dilantik sebagai Timbalan Presiden.