Tuesday, September 2, 2014

PERMATA NEGARA BUKAN UNTUK ROSMAH


"Kalau dengar itu, jangan percaya. Saya memang secara ikhlas menyatakan program in‎i bukan untuk saya, tetapi untuk anak bangsa kita maju dalam pendidikan mereka." - Datin Seri Rosmah Mansor
 
Pihak yang sengaja beri persepsi negatif terhadap penglibatan Datin Seri Rosmah di dalam Permata Negara tidak akan dapat melihat objektifnya di mana ia bertujuan semata-mata demi melihat kejayaan pendidikan anak-anak bangsa.

Walaupun isteri Perdana Menteri dilemparkan dengan pelbagai persepsi negatif namun kesemua itu telah membuatkannya semakin cekal kerana apa yang dilakukan program itu adalah ikhlas kerana Allah.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff dari PAS ketika di Dewan Rakyat pada Jun lalu membangkitkan persoalan kepada kerajaan mengapa tidak diperkukuhkan agensi seperti Kemas dan Tadika sebaliknya memilih untuk membangunkan Permata Negara yang dinaungi Rosmah.

Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Permata Negara bukan bertujuan untuk menaikkan nama Rosmah sebaliknya untuk menaikkan nama Malaysia dan isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk melakukan tugas tersebut.

Rakyat secara keseluruhannya perlu menyedari bahawa peruntukkan untuk program Permata Negara bukanlah disalurkan kepada dirinya sebaliknya kepada kementerian berkaitan.

Setiap peruntukan dalam bajet negara, disimpan di Kementerian Kewangan dan kita juga perlu faham di antara lain Permata Negara ditubuhkan bertujuan murni bagi membela nasib anak-anak di luar bandar.
 
Walaupun apa jua usaha murni yang dilakukan kerajaan akan mendapat tentangan pihak tertentu maka ia perlu dianggap sebagai cabaran bagi mengecapi kejayaan.

No comments:

Post a Comment