Wednesday, September 3, 2014

KOD YANG TERSEMBUNYI DI MATA MONA LISA



Selalunya misteri portrait Mona Lisa ini diberi perhatian kepada senyumannya. Walaubagiamanapun, apabila diteliti melalui kanta mata, ahli sejarah di Itali mendapati ada nombor dan huruf yang boleh kelihatan di mata portrait Mona Lisa itu.

Ahli-ahli sejarah tersebut menyatakan huruf-huruf dan nombor yang samar itu menunjukkan sesuatu mengenai kehidupan sebenar Da Vinci Code di mana di mata kanan adalah huruf LV yang nyata adalah nama Leonardo Da Vincci, di mata kirinya pula terdapat simbol tetapi tidak dapat dipastikan. Huruf yang hampir sama dengan huruf CE atau mungkin B.
 
Di gerbang jambatan pada latarbelakang lukisan itu, nombor 72 kelihatan atau mungkin huruf L dan nombor 2. Juga kelihatan nombor 149, dan nombor keempat seperti telah dipadamkan, kelihatan di belakang gambar tersebut di mana mungkin Da Vinci telah melukisnya semula ketika di Milan pada 1490an.

Perlu diingat bahawa lukisan ini hampir 500 tahun yang lalu, dan ia tidaklah sejelas dan seterang seperti yang seawal lukisan itu dihasilkan.

Pendedahan ini wujud dari novel Dan Brown, The Da Vinci Code, di mana dikatakan lukisan Mona Lisa mengandungi petunjuk yang tersembunyi mengenai 'Holy Grail'.

Silvano Vinceti, Presiden Jawatankuasa Kebangsaan Itali untuk Warisan Kebudayaa, telah melihat simbol berikut berkata; 
"Pada mata kasar, simbol berikut tidak nyata tetapi dengan mengguna kanta pembesar ia adalah sangat jelas."
 

No comments:

Post a Comment