Showing posts with label Turki. Show all posts
Showing posts with label Turki. Show all posts

Friday, August 1, 2014

WANITA TURKI MENGEJEK TIMBALAN PERDANA MENTERINYA DENGAN ... "KAHKAHA"



Dikatakan wanita di seluruh Turki meletakkan gambar diri mereka sedang ketawa dan tersenyum di laman media sosial. Mengapa?

Ini berikutan daripada kenyataan
Timbalan Perdana Menteri Turki Bulent Arinc bahawa "Wanita tidak sepatutnya ketawa di khalayak ramai dalam satu ucapan mengenai "rasuah moral" di Turki.

Kenyataan beliau telah mendorong tindak balas yang memeranjatkan daripada wanita di media sosial di Turki, dengan beribu-ribu menghantar gambar diri mereka ketawa dan tersenyum di Twitter dan Instagram. Terdapat lebih daripada 300,000 tweets menggunakan istilah "kahkaha" - yang bermaksud "ketawa" dalam bahasa Turki dan pada hashtags "Tahan Ketawa" (#direnkahkaha) dan "Tahan Wanita" (#direnkadin).

Sebaliknya ramai pula yang mencadangkan kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada isu-isu seperti rogol, keganasan rumah tangga dan perkahwinan kanak-kanak perempuan pada usia muda dan bukan perempuan ketawa di khalayak ramai.

Bagi penulis dan pengulas politik ECE Temelkuran, ia adalah satu kenyataan yang amat keterlaluan dan konservatif. Beliau yang mempunyai hampir satu juta pengikut di Twitter telah menggalakkan wanita lain untuk melakukan perkara yang sama.

Begitu juga yang terjadi di Instagram. Seorang gadis, Hazal Naz Beslyici, 23 tahun telah meletakkan gambar dirinya dengan senyuman yang sangat lebar dengan komen, "Saya bebas dan sama ada saya ketawa atau tidak adalah keputusan saya,"

Kaum lelaki di Turki juga telah menyertai dalam kritikan Timbalan Perdana Menteri. Di antaranya telah menulis "Jika wanita tidak boleh ketawa di khalayak ramai, maka manusia tidak perlu menangis di khalayak ramai," kerana merujuk kepada perbuatan Timbalan Perdana Menteri itu yang telah menangis apabila mendengar ucapan-ucapan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Walaubagaimanapun, seorang lelaki telah tweet telah menulis yang Arinc telah hanya cuba untuk menegakkan "nilai-nilai moral" yang membentuk "sebahagian daripada budaya Turki". 

Tuesday, June 10, 2014

AKITEK WANITA PERTAMA YANG MEMBINA MASJID DI TURKI

 
Masjid Sakirin, Instabul, Turki


Setiap permukaan di dunia boleh dijadikan masjid... Nabi Muhammad S.A.W. pernah besabda.  

Dengan niat yang ikhlas, umat Islam yang boleh nampak masjid hampir di mana sahaja, dari sebuah lounge lapangan terbang, di bandar-bandar atau bukit berumput di kampus kolej boleh berubaha ke dalam ruang suci hanya dengan sujudkan kepalanya ke tanah dan berdoa.

Tetapi semangat ini telah hampir tiada kebelakangan ini apabila dibayangi model kubah-dan-menara yang pertama kali muncul di abad yang lalu. Istanbul, pernah menjadi pusat pemerintahan dan ibu dunia Islam, kini dipenuhi dengan reka bentuk seni bina biasa ini. Rekabentuk di bandar ini telah mengilhamkan satu lagi ciptaan iaitu Masjid Sakirin.

Akitek wanita pertama

Zeynep Fadillioglu, adalah wanita pertama di Turki bertanggunjawab merekabentuk masjid ini. Selama hampir 25 tahun, beliau telah mencipta nama dengan rekaan restoran, hotel, kelab-kelab, bar dan kediaman persendirian di seluruh dunia seperti di London, Kuwait, Berlin dan Paris.

Fadillioglu memulakan kerjayanya sebagai pereka dalaman dengan sentuhan yang sangat menyeluruh. Rumah beliau sendiri telah mempamerkan koleksi di antara ketimuran dan barat, yang dikumpulkan sepanjang perjalanan ke serata dunia dan ada di antaranya dibeli di pasar-pasar bazar.  

Oleh itu, konsep yang sama telah menjadi sentuhan rekabentuk beliau untuk Masjid Sakirin; ia adalah satu kesatuan tenaga moden dengan tradisional dan Barat dengan Timur.

Jutawan Instanbul iaitu Keluarga Sakir telah melantik Fadillioglu bertanggungjawab merekabentuk dan membina Masjid Sakirin sebagai hadiah kepada ibunya. Ini adalah kerana konsep cadangan Fadillioglu yang harmony.

Ketika diberi tawaran, wanita ini telah menitiskan arimatanya bukan kerana ia sekadar peluang keemasan di dalam hidupnya tetapi beliau merasakan projek ini telah berjaya menidakkan mitos bahawa Islam menafikan wanita, Islam tidak menggalakkan wanita memainkan peranan aktif  serta peranan sebagai seroang pemimpin di dalam masyarakat.

Apa yang lebih penting bagi wanita ini ialah membina sebuah tempat indah untuk umat Islam beribadah walaupun menghadapi pelbagai tekanan kerana Turki masih dibelengu dengan amalan agama yang konservatif.
Sebuah masjid di negara yang masih dibelenggu dengan amalan konservatif tetapi tetap menerap rekabentuk yang kontemporari bukanlah sesuatua yang mudah. Fadillioglu telah berunding dengan ahli-ahli sejarah seni dan ahli-ahli teologi termasuk pandangan ulama pada setiap langkah.

Berikut adalah gambaran Masjid Safirin yang telah menggabungkan sentuhan konservatif dan moden serta Barat dan Timur;