Showing posts with label Purple Walk. Show all posts
Showing posts with label Purple Walk. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

JOM!!! PURPLE WALK



Hari ini, wanita Malaysia berjalan dalam perpaduan di satu program santai sempena Hari Wanita Sedunia dengan tema "Kesaksamaan untuk Wanita adalah Kemajuan untuk Semua". Aktiviti santai ini menggalakkan wanita dan keluarganya mengamalkan gaya hidup sihat.

Di Teluk Intan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama peserta Purple Walk di Dataran Menara Condong Teluk Intan sebelum memulakan
perjalanan mereka.

Bagi menghargai sumbangan wanita hari ini, beliau menyatakan bahawa memperkasakan wanita, kesaksamaan gender dan penyertaan mereka dalam membuat
keputusan telah memainkan peranan penting sebagai ujian 'litmus' dan elemen perubahan yang aktif untuk membentuk sebuah masyarakat demokratik, stabil dan
maju.

Manakala, di Melaka pula Ketua Menteri Datu Seri Idris Haron telah melepaskan seramai 1000 peserta untuk berjalan sejauh 1 km sepanjang tebing Sungai Melaka
dari Taman Rempah sehingga Kampung Morten.

Beliau memaklumkan terdapat 50 peratus graduan wanita di institusi pengajian tinggi samada di IPTA atau IPTS .

Seramai 59 wanita memegang jawatan penting di dalam membuat keputusan dan proses membuat dasar meliputi lebih dari 200 agensi persekutuan mahupun
agensi negeri di Melaka.

Di Kota Baru pula, Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Datuk Makhtar Mustapha telah melepaskan seramai seribu peserta Purple Walk berjalan sejauh 1.2km
dan bersenamrobik di Taman Perbadanan Tengku Anis.

Datuk Makhtar memberitahu tema untuk memberi penghormatan dan hak kepada wanita telah berada di kedudukan sebenarnya dalam masyarakat.

Wanita hendaklah dilindungi di samping diberi peluang dalam ekonomi, sosial dan lapangan politik berdasarkan kemampuan mereka

Manakala Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Azlina Mohd Emran memaklumkan Perwani Siswi telah dilancarkan yang terdiri daripada kumpulan siswi di institusi
pengajian tinggi dan di antaranya di Universiti Sains Malaysia. Pihak Jabatan telah memperuntukkan sebanyak RM500 bagi setiap program yang dianjurkan Perwanis
dan setiap program akan dipantau.

Monday, March 24, 2014

29 MAC - PURPLE WALK DI SELURUH NEGARA... JOM!

Sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac lalu, satu sambautan besar-besaran ke seluruh negara akan di adakan seperti berikut;

PURPLE WALK




Berikut adalah aturcara serentak seluruh negara :




Acara ‘Purple Walk’ sejauh 2 km akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan akan berakhir pada pada jam 10.30 pagi dengan berkonsepkan secara santai yang melibatkan seramai 5,000 orang penyertaan terdiri daripada wanita dan ahli keluarga.

Objektif sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014 “Purple Walk” diadakan adalah bertujuan untuk :
  • Satu inisiatif kerajaan meraikan kejayaan wanita dalam pelbagai bidang
  • Menyemarakkan gaya hidup sihat dalam masyarakat
  • Memberi sokongan dan penghargaan terhadap segala usaha kerajaan dalam memartabat dan memperkasa kaum wanita.
Kebiasaanya wanita suka pada warna pink berbanding ungu yang menjadi tema warna Acara Purple Walk. Tidak pasti mengapa warna ungu menjadi pilihan tapi yang pasti warna ungu juga satu pilihan warna yang menarik selain warna pink.

Banyak aktiviti menarik yang disediakan mengikut negeri masing-masing antaranya senam aerobik, cabutan bertuah, Karaoke, mewarna dan sebagainya.

Bagi mereka yang berkelapangan pada hari tersebut, digalakkan untuk menyertai acara tersebut di negeri masing-masing. Hujung minggu memang sesuai untuk keluar bersama keluarga menyertai acara ini disamping itu dapat mengeratkan sillaturahim.

Semoga sambutan hari Wanita Antarabangsa akan berjalan dengan lancar dengan cuaca yang elok.