Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Friday, August 29, 2014

JIHAD SEKS WANITA MALAYSIA DI SYRIA MASIH KHABAR ANGIN

Gambar hiasan

Pada awalnya ini telah dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider;
Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.
Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-malaysia-sertai-jihad-timur-tengah-sebagai-perempuan-penghibur-dedah#sthash.pZMjqC0f.dpuf
Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-malaysia-sertai-jihad-timur-tengah-sebagai-perempuan-penghibur-dedah#sthash.pZMjqC0f.dpuf
 Seperti biasa, TMI akan berteka-teki dengan tidak menyatakan sumber maklumat mereka;
Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

Namun ini jawapan dari Kementerian Dalam Negeri;
Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-malaysia-sertai-jihad-timur-tengah-sebagai-perempuan-penghibur-dedah#sthash.pZMjqC0f.dpuf
Datuk Wan Junaidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan wanita Malaysia menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). 
Beliau berkata setakat ini berita itu masih dianggap khabar angin dan sedang disiasat. 
Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang akhbar ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider dua hari lepas yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita negara ini yang menyertai ISIS untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual. 
Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam. 
Berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), Wan Junaidi berkata pihak berkuasa negara sedang mengesan di mana mereka terbabit sedang berada dan siapa mereka. 
Ditanya jumlah mereka yang dipercayai terlibat dengan ISIL itu, beliau berkata dalam lingkungan 20 orang. 
"Mereka bukan kumpulan yang besar, kecil sahaja tapi pada pendapat saya mereka terbabit adalah kumpulan yang sesat kerana mereka beranggapan kalau mati dalam peperangan ia bermakna mati syahid," katanya. 
Wan Junaidi menjelaskan umat Islam di negara yang mahu terlibat dalam perang jihad perlu mendapat persetujuan negara dan diisytiharkan oleh fatwa negara. 
"Tetapi dalam kes ISIS dan ISIL, tiada fatwa negara mengisytiharkannya. Perjuangan mereka tidak boleh diterima oleh negara kita dan banyak negara Islam lain juga tidak menyokong perjuangan mereka (itu)," katanya. 
Dalam pada itu, timbalan menteri itu berkata pihak berkuasa negara sedang memantau pergerakan keluar masuk rakyat negara ini ke luar negara bagi mengenal pasti kemungkinan ada antara mereka melibatkan diri dengan pergerakan kumpulan pengganas. 
"Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat untuk melatih pengganas atau tempat berteduh untuk orang yang mempunyai fahaman sebegini," tegas Wan Junaidi. --BERNAMA

Friday, August 1, 2014

SKUAD MY TEAM DI GLASGOW BERSAMA-SAMA MENGENANG MANGA MH17



Atlet dan pegawai Malaysia di Sukan Komanwel 2014 memakai lilitan hitam di lengan pada majlis pembukaan temasya tersebut bagi memperingati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Diketuai oleh pembawa bendera Fatehah Mustafa dan chef-de-mission Datuk Ong Poh Eng, barisan atlet  hadapan di dalam pakaian seragam Malaysia Airlines.  

Nahas yang berlaku di Ukraine mengorbankan 298 nyawa, termasuk 44 dari Malaysia. Jurucakap kontinjen Malaysia, Mohd. Fahmi Omar berkata, tiada seorang pun daripada 180 atlet dan 72 pegawai yang berada di Glasgow mempunyai kaitan secara langsung dengan tragedi tersebut.

Bendera Jalur Gemilang turut dikibarkan separuh tiang di Perkampungan Atlet Sukan Komanwel kelmarin.

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar memberitahu bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah andai kontinjen mahu memakai lilitan lengan tersebut pada majlis perasmian Sukan Komanwel. 


Alex Salmond, Menteri Pertama Scotland juga telah mengajak penonton di Celtic Park bertafakur untuk memberi penghormatan dan bersama-sama menunjukkan simpati kepada keluarga mangsa yang telah kehilangan di tragedi nahas MH17.



Malaysia juga berbangga apabila Dato Nichole David di antara atlet yang membawa masuk bendera Sukan Komanwel di Glasgow.




Sunday, July 20, 2014

BELANDA NEGARA PALING SIHAT, MALAYSIA HANYA KE 44



Dalam satu senarai baru yang dikeluarkan Oxfam, Belanda menduduki senarai teratas bagi kualiti makanan, manakala Malaysia hanya berjaya di kedudukan ke 44.

Selepas Belanda adalah Perancis dan Switzerland sebagai negara yang mempunyai makanan yang paling berkhasiat, banyak dan sihat, manakala Amerika Syarikat dan Jepun gagal untuk menduduki di dalam senarai 20 teratas.

Chad adalah di kedudukan terakhir senarai 125 negara di dalam indeks makanan dari bantuan dan pembangunan organisasi antarabangsa sebelum Ethiopia dan Angola. 

Menurut Deborah Hardoon, penyelidik kanan di Oxfam, Belanda telah mencipta pasaran yang baik yang membolehkan rakyatnya untuk mendapatkan makanan yang mencukupi, harga yang rendah dan stabil dan mereka mengamalkan makanan seimbang. Mereka telah mendapat asas-asas yang betul dan dengan cara yang lebih baik daripada kebanyakan negara lain di seluruh dunia.

Penilaian Oxfam ke atas kedudukan negara-negara tersebut berdasarkan kepada keadaan, kualiti dan kemampuan makanan dan kesihatan pemakanan. Ia juga melihatkan peratusan kanak-kanak yang kurang berat badan, kepelbagaian makanan dan akses kepada air bersih, dan juga hasil kesihatan yang negatif seperti obesiti dan kencing manis.  

Negara-negara Eropah menguasai kedudukan teratas tetapi Australia adalah di antara kedudukan teratas yang ke 12, diikuti dengan Ireland, Itali, Portugal dan Luxembourg di No 8.

United Kingdom gagal menduduki10 teratas, hanya mampu menduduki tempat ke-13, kerana turun naik harga makanan berbanding dengan barang-barang lain, yang menurut fakta Oxfam menghadapi isu yang sama seperti Peru (51), Malta (33) dan Kyrgyzstan (65 ).

Negara-negara Afrika, bersama-sama dengan Laos (112), Bangladesh (102), Pakistan (97) dan India (97), adalah negara-negara di kedudukan 30 buah negara yang terakhir.
 

Walaupun Amerika Syarikat mempunyai makanan yang berkualiti  serta mencukupi, namun tahap obesiti dan kencing manis telah meletakkan negara tersebut ke tempat 21 dalam kedudukan tersebut Jepun pula menghadapi kekurangan harga makanan yang relatif berbanding dengan barang-barang lain.

Belanda mendapat markah tertinggi untuk harga makanan yang rendah dan tahap kencing manis, sementara Chad mempunyai markah yang paling teruk bagi kos makanan di negara itu dan bilangan kanak-kanak kurang berat badan adalah 34%. Satu-satunya negara di mana makanan adalah lebih mahal adalah Guinea dan Gambia.

Burundi (119), Yaman (121), Madagascar (122) dan India mempunyai kadar pemakanan paling buruk dan jumlah kanak-kanak yang dibawah berat badan paling tinggi.
Data Oxfam adalah di antara Oktober dan Disember 2013 menggunakan maklumat terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Yayasan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan organisasi antarabangsa yang lain.

 

Thursday, July 17, 2014

PENIPUAN NIGERIA TERHADAP WANITA AMERIKA BERGERAK AKTIF DI MALAYSIA

 
Amerika beri amaran bahawa beratus-ratus wanita di Amerika sedang diperangkap oleh scammer Internet warganegara Afrika yang berpangkalan di Malaysia, dengan ada di antaranya telah kehilangan beratus ribu US dolar.
 
Kebanyakannya dari Nigeria, telahg memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar, mengambil kesempatan daripada Internet di negara ini yang baik untuk mangsa pada sunyi, wanita pertengahan umur, menarik mereka di laman web temu janji sebelum swindling simpanan mereka, kata mereka.

Modus operandi penipuan adalah lebih canggih daripada kebanyakan operasi walaupun dari Nigeria sendiri. Samada melalui email atau khidmat pengiklanan dan dengan sistem canggih perbankan Malaysia yang mudah membuka akaun dan menerima pemindahan antarabangsa.
Adakalanya mereka sering memancing mangsa untuk beberapa bulan dan menggunakan teknik-teknik yang meyakinkan seperti memalsukan surat kononnya daripada Duta Amerika Syarikat di Malaysia.

Polis Malaysia kekurangan sumber dan kepakaran untuk menangani masalah ini dan sehingga hari ini masih belum membuat sebarang pendakwaan yang melibatkan seorang mangsa Amerika Syarikat.

Pada Diesember lalu, PDRM telah memaklumkan jumlah kes penipuan Internet adalah dua kali ganda pada tahun 2013 dengan jumlah kerugian lebih daripada RM11 juta. Seramai 476 orang Afrika telah ditangkap kerana disyaki terlibat.
Warga Australia, Kanada dan Eropah juga telah disasarkan.
 
Kedutaan Amerika Syarikat menganggarkan mangsa AS kehilangan beberapa juta dolar setahun, dengan dua wanita dalam tempoh 12 bulan. Terdapat lebih daripada 600 kes setahun, dan jumlah purata yang hilang oleh setiap mangsa adalah didalam anggaran puluhan ribu ringgit.

Ramai mangsa terlalu malu untuk tampil ke hadapan atau tidak tahu untuk menghubungi pihak yang berkenaan. 

Kebanyakan kumpulan penipuan ini akan memikat melalui laman bertemu jodoh atau yang berlatarbelakangkan ugama Kristian dan targetnya adalh wanita-wanita di peringkat umur pertengahan. Mereka menyamar sebagai lelaki barat yang mempunyai perniagaan atau menghadapi  masalah perniagaan di Malaysia.

Seorang mangsa dari Amerika telah memindahkan sebanyak US260,000 ke Malaysia. Lelaki pemangsa tersebut telah mengakui mencintainya dan sedang menghadapi kerumitan kembali ke Amerika melalui birokrasi Malaysia yang memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk berurusan.

Kejadian seterusnya, seorang balu dari Arizona telah menanggung hutang yang banyak kerana ingin menemui kekasihnya Charles dan sanggup terbang ke Malaysia. Kekasihnya tidak timbul malahan seorang wanita Eropah yang mengaku sebagai peguam Charles telah datang menemuinya dan meminta US25,000 sebelum beliau kembali ke Arizona.

Seorang lagi mangsa di AS telah ditipu sebanyak USD300,000 selama 2 bulan kepada seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman bertemu jodoh iaitu Match.com.

Kumpulan penipuan internet ini juga telah mengeksploit negara Malaysia sebagai hub pendidikan global apabila menguruskan visa-visa pelajar untuk mendapatkan tempat di kolej-kolej di Malaysia. Kebanyakan pelajar-pelajar antarabangsa terutamanya dari Nigeria didapati bukan pelajar.

Kerajaan Malaysia mendapati sukar untuk mengesan kesahihan warga Nigeria sebagai pelajar kerana kebanyakan dari mereka telah mendaftar di kolej-kolej swasta dan bagi mengatasinya, kerajaan Malaysia telah mengenakan syarat-syarat ketat serta pemantauan rapi terutama yang datang dari Nigeria.

Wednesday, June 25, 2014

MALAYSIA MENANG KESEMUA DALAM PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN


JOHAN. Malaysia berjaya membolot hadiah utama apabila qari negara, Ahmad Tirmizi Ali dan qariah, Hanimzah Jalaluddin masing-masing diumumkan sebagai johan pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa Ke-56.

Berikut adalah keputusan penuh;

Keputusan Kategori Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1435H/2014M:
Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 Tahun 1435H/2014H

QARI -
Johan : MALAYSIA
Naib Johan : TURKI
Ketiga : INDONESIA
Keempat : BRUNEI
Kelima : IRAN

QARIAH -
Johan : MALAYSIA
Naib Johan : FILIPINA
Ketiga : BRUNEI
Keempat : THAILAND
Kelima : SINGAPURA
 
HAFIZ (LELAKI) -
Johan : Mohd Ersyad Abdullah (MALAYSIA)
Naib Johan : Abdullah Mohammed Al-Khairy (ARAB SAUDI)
Ketiga : Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah (QATAR)

HAFIZAH (WANITA) -
Johan : Norhafizah bt Mohd Shafie (MALAYSIA)
Naib Johan : Soumaya Chiekh Ali (TUNISIA)
Ketiga : Ndombor Sene (SENEGAL)

Dengarkan bacaan dari Ustaz Ahmad Tirmizi Hj Ali yang telah dipertandingkan dan memenangi Qari terbaik:




Tuesday, June 17, 2014

KENAPA WANITA MALAYSIA PALING OBES DI ASIA?


Obesiti kini telah menjadi isu utama di negara kita.

Malah wanita Malaysia paling ramai wanita gemuk dan obes di Asia. Pilihan gaya hidup, genetik, tingkah laku yang dipelajari dan kurangnya kesedaran kesihatan telah menunjuk sebagai punca kepada kadar yang semakin meningkat obesiti di Malaysia.


Ia juga tidak membantu apabila Malaysia terkenal dengan makanan yang lazat namun kalori-sarat yang seperti Char Kuey Teow, Mee Goreng, Roti Canai, Nasik Lemak dan lain-lain.


Walaupun selera masyarakat gemarkan makanan lazat, ia adalah penting untuk diberi perhatian bahawa kebanyakan makanan padat tenaga kurang kandungan nutrien dan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit-penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Ini adalah juga merupakan tiga penyakit obesiti yang berkaitan di Malaysia.


Oleh itu, adalah penting bagi masyarakat untuk menyedari hidup sihat dan memotivasikan diri dengan pendekatan holistik dengan mengubah cara berfikir, sikap dan tingkah laku. Kita akan menjadi sebuah negara yang lebih cergas dan sihat dengan mengamalkan tiga langkah mudah:

Makan hanya apa yang kita perlukan - yang terbaik untuk mengikuti pengambilan kalori harian yang disyorkan.

Bersenam semampu boleh - untuk permulaan, bekerja di luar selama 30 minit sehari, tiga kali seminggu.


Tidur lena - dapatkan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam tidur setiap malam untuk melakukan keadilan badan anda.

Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengapa kita rakyat Malaysia menjadi sebuah negara paling ramai obes, sila lihat infografik tersebut;








Saturday, April 26, 2014

SELAMAT DATANG KE MALAYSIA, PRESIDEN OBAMA


Selamat Datang ke Malaysia, Presiden Obama!

Sejak 1966, setelah lawatan Presiden Lyndon B. Johnson, ini adalah lawatan pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia dalam rangka lawatan ke negara-negara Asia. 

Mesej utama yang ingin disampaikan kepada Malaysia ialah pentadbiran Obama mengalu-alukan pekembangan sumbangan Malaysia ke atas keselamatan dan kesejahteraan serantau. Amerika juga ingin meluaskan penglibatan dengan rakyat Malaysia termasuk kumpulan masyarakat sivil dan anak-anak muda di mana mereka adalah mustahak untuk masa depan negara dan serantau.

MH370

Presiden Obama akan mengambil kesempatan lawatannya ke Malaysia untuk menyatakan simpati secara peribadi kepada keluarga mangsa MH370.

Beliau juga ingin menyatakan sebagai rakan Malaysia, Amerika adalah di antara negara pertama yang telah menyertai dalam misi mencari kehilangan MH370. Kapal US Navy, kapalterbang dan pegawai masih berada di kawasan pencarian. Pihak FBI sedang bekerjasama dalam penyiasatan kejadian tersebut dengan Malaysia dan akan teruskan sokongan dan bantuan .

Bagi pentadbiran Obama, usahasama ini hanya mampu wujud dengan hubungan rapat antara negara. Lebih banyak hubungan yang diwujudkan oleh pentadbiran Obama serta kesanggupan bekerjasama, mereka akan lebih bersedia seandai diminta pertolongan ketika bencana dan krisis.

Berikut adalah jadual lawatan Presiden Obama ke Malaysia selama 3 hari;

26 April (SABTU)
4.00 pm - OBAMA TIBA DILAPANGAN TERBANG TUDM
5.00 pm -  KUNJUNGAN RASMI KE PARLIAMENT
8.00 pm - HADIR JAMUAN RASMI DI ISTANA NEGARA
 
............................................

27 April (AHAD)
9.00 am    - MELAWAT MASJID NEGERA
10.00 am  - MESYUARAT DUA HALA DI PUTRAJAYA 
2.00 pm  - MELAWAT MaGIC (Malaysian Global Innovation 
                    and Creative Centre)
4.00 pm   -  MELAWAT Universiti Malaya


............................................

28 April (ISNIN) 8.00 am - MESYUARAT BERSAMA WAKIL US DAN PENIAGA MALAYSIA

Nota : Gambar-gambar akan dimuatkan di blog akan datang

Thursday, April 24, 2014

TWITTER... TWITTING... TWITS... MALAYSIA INFOGRAPHIC

Twitter is the world’s fourth most popular social network. Although it originates from the US, English is not the most common language on the platform. In fact, only 34 percent of all Tweets are in English. Malay, which is spoken in Malaysia, Singapore, Indonesia, and a few other countries, is actually the fourth-most popular language on Twitter, accounting for 8 percent of all Tweets. But of those tweets, how many actually come from Malaysian residents?

Read more: Here’s data on Malaysia’s Twitter population, where they tweet, and who they follow (INFOGRAPHIC) http://www.techinasia.com/heres-data-malaysias-twitter-population-tweet-follow-infographic/
Twitter is the world’s fourth most popular social network. Although it originates from the US, English is not the most common language on the platform. In fact, only 34 percent of all Tweets are in English. Malay, which is spoken in Malaysia, Singapore, Indonesia, and a few other countries, is actually the fourth-most popular language on Twitter, accounting for 8 percent of all Tweets. But of those tweets, how many actually come from Malaysian residents?


Malaysia is home to 3.5 million Twitter users. However, only 21.8% of these users were active during the month of February. Approximately 162.4 million tweets were published in that time period, which means Malaysians sent out roughly 5.4 million tweets per day.

Also in Malaysia, three out of the five brands with the most followers on Twitter are airlines. In addition, four out of the five top brands are in the transportation industry.


Bravo to our Prime Minister, who has the most followers among other politicians and Lisa Surihani is in top list among our local artists.

Most twit location is in Kangar? Could that be due to Thailand's high-speed internent or perhaps its total community are highly IT literate.
Malaysia is home to 3.5 million Twitter users. However, only 21.8% of these users were active during the month of February. Approximately 162.4 million tweets were published in that time period, which means Malaysians sent out roughly 5.4 million tweets per day. This is quite high considering there are about 4.5 million tweets sent per day in Thai.

Read more: Here’s data on Malaysia’s Twitter population, where they tweet, and who they follow (INFOGRAPHIC) http://www.techinasia.com/heres-data-malaysias-twitter-population-tweet-follow-infographic/
Twitter is the world’s fourth most popular social network. Although it originates from the US, English is not the most common language on the platform. In fact, only 34 percent of all Tweets are in English. Malay, which is spoken in Malaysia, Singapore, Indonesia, and a few other countries, is actually the fourth-most popular language on Twitter, accounting for 8 percent of all Tweets. But of those tweets, how many actually come from Malaysian residents?

Read more: Here’s data on Malaysia’s Twitter population, where they tweet, and who they follow (INFOGRAPHIC) http://www.techinasia.com/heres-data-malaysias-twitter-population-tweet-follow-infographic/

Sunday, March 16, 2014

MALAYSIA DAHULUI PERANG KEGANASAN RUMAHTANGGA


Langkah ke hadapan Malaysia memerangi keganasan rumah tangga terhadap wanita dan kanak-kanak mendapat pengiktirafan negara-negara ASEAN, kata Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.

Katanya, penghargaan itu merujuk kepada usaha kerajaan Malaysia menerusi KPWKM menerbitkan buku berjudul 'Good Practices: Eliminating Violence Against Women And Children (ECAWC)' yang menekankan amalan baik bagi membendung jenayah terhadap kedua-dua golongan berkenaan.

Katanya, buku setebal 107 halaman itu boleh dijadikan rujukan oleh setiap anggota ASEAN untuk diguna pakai dalam usaha mewujudkan masyarakat penyayang di negara masing-masing.

"Matlamat Malaysia agar amalan baik ini dapat dikongsi dan diperkenal di setiap negara Asean dalam mengatasi keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak..

Beliau ditemui pemberita selepas mewakili Malaysia pada Mesyuarat Suruhanjaya Asean Untuk Penggalakkan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak (ACWC) kelapan. - Bernama

Apakah keganasan rumahtangga?

Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan. Ia terdiri daripada fizikal dan ganguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan.

Keganasan rumahtangga ,kebiasaannya berulang dan menjadi mangsa lebih teruk dan berterusan walaupun selepas penceraian.

Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu mengawal mangsa. Kebanyakkan pendera adalah gulungan lelaki dan mangsa adalah wanita atau kanak-kanak.


Apakah bentuk keganasan rumahtangga?

Bentuk-bentuk keganasan rumahtangga :
  • Fizikal
  • Pertuturan
  • Psikologi
  • Emosi / perasaan
Apakah kesan kesihatan akibat keganasan rumahtangga?
Berikut adalah beberapa kesan-kesan kesihatan disebabkan keganasan rumahtangga -
  • Kecederaan pada anggota badan :
    • Seperti, lebam, luka, patah tulang yang menyebabkan kecacatan kekal dan kematian.
  • Kesan psikologi / mental :
    • Wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih kemurungan, cemas dan ketakutan dibanding dengan wanita yang tidak didera. Mereka juga lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau menbunuh diri
    • Mangsa juga lebih dikaitkan dengan tabiat merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan penyalahgunaan dadah.

Adakah saya di kalangan mangsa keganasan?

Berikut adalah soalan-soalan sama ada anda dan pasangan anda berada dalam masalah keganasan rumahtangga. Jika kebanyakan jawapan "YA", anda adalah golongan mangsa dera.
  • Perasaan dalaman anda : Perasaan takut, benci diri sendiri dan keadaan terdesak
    • Adakah anda sentiasa ketakutan terhadap pasangan anda?
    • Adakah anda mengelak suatu perkara meransang pasangan anda menjadi marah?
    • Adakah anda merasa anda tidak dapat melakukan sesuatu yang betul atau disukai oleh pasangan anda?
    • Adakah anda merasa tidak berguna dan patut di hukum?
    • Adakah anda merasa tidak lagi menyayangi pasangan anda?
    • Adakah anda rasa tidak lagi menghormati pasangan anda?
    • Adalah anda rasa anda yang tidak waras dan bersikap keterlaluan terhadap pasangan anda?
    • Pernahkah anda merasa ingin menyingkirkan pasangan hidup anda?
    • Pernahkah anda mengharapkan pasangan anda mati?
    • Adakah anda terasa terancam?
    • Adakah anda bimbang pasangan mengambil anak-anak anda?
    • Adakah anda merasa perbuatan keganasan rumahtangga adalah biasa dalam perkahwinan?
    •  
  • Tingkahlaku pasangan anda
    • Adakah pasangan anda sukar difahami ?
    • Adakah pasangan anda mempamerkan kelakuan baik di antara kejadian keganasan ?
    • Adakah pasangan anda seorang pemarah ?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut anda ? Secara lisan atau fizikal? Untuk mencederakan atau membunuh anda?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut mengambil anak-anak anda ?
    • Pernahkah dia mencederakan anda secara fizikal?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut di tempat kerja ?
    • Adakah pasangan anda merosakkan harta / peralatan rumah ?
    • Adakah pasangan anda memisahkan anda daripada keluarga dan kawan kawan anda ?
    • Pernahkah pasangan anda mengawal perbelanjaan penggunaan telefon atau kereta ?
    • Adakah pasangan anda suka mengongkong dan cemburu, selalu mengesyaki anda mempunyai perhubungan lain ?
    • Adakah pasangan anda melarang anda dari keluar rumah ?
    • Adakah pasangan anda mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anda ?
    • Adakah pasangan anda memalukan dan mengutuk anda di hadapan orang lain ?
    • Adakah pasangan anda tidak mengindahkan atau merendahkan pandangan dan pendapat yang anda beri ?
    • Adakah pasangan anda menyalahkan anda di atas keganasannya ?
    • Adakah pasangan anda tidak menghormati wanita ?
    • Adakah pasangan anda menganggap anda sebagai objek seks ?

Apakah tanda seseorang itu mungkin menjadi mangsa keganasan rumahtangga?

Anda atau sesiapa sahaja boleh mengesyaki keganasan berlaku sekiranya anda menyaksikan kawan-kawan anda mempunyai tanda-tanda berikut :-
  • Lebam, luka atau bengkak dibadan dengan alasan disebabkan "kemalangan"
  • Kemurungan dan kerap menangis
  • Kerap menghilang diri
  • Kerap datang lambat
  • Kerap menerima gangguan panggilan telefon semasa bekerja
  • Takut terhadap pasangan
  • Tumpuan dan prestasi kerja merosot
  • Menyisihkan diri
  • Mempunyai masalah kewangan
Jika anda mangsa keganasan rumahtangga, atau mengetahui seseorang itu menjadi mangsa keganasan, di mana anda boleh dapatkan bantuan?
Jangan berdiam diri dan kongsi masalah anda dengan orang lain, anda mesti hentikan keganasan ini. Sayangi diri dan kehidupan anda. Anda berhak menikmati kehidupan yang bahagia.

INGAT anda tidak keseorangan; apa yang perlu anda buat adalah untuk mendapatkan bantuan, kami di sini untuk membantu anda : -
  • Ibu dan ayah anda
  • Kakak dan abang anda
  • Jiran anda
  • Rakan taulan anda
  • Kaunselor anda
  • Guru anda
  • Petugas di Klinik kesihatan dan Pusat Krisis Bersepadu (OSCC)
Sekiranya anda merasakan diri dalam keadaan berbahaya atau telah didera hubungi 999 segera!


Bagaimana saya melaporkan masalah keganasan rumahtangga?

Membuat laporan kes yang disyaki keganasan rumahtangga adalah PENTING dan SULIT.

Tindakan segera anda boleh melindungi mangsa dari keganasan lebih teruk dan KEMATIAN.

Sila buat laporan segera di Balai Polis atau Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran kediaman anda.


Bagaimana saya mendapat bantuan jika saya pendera?

Sekiranya anda telah mencederakan seseorang dan inginkan bantuan, sila hubungi 999.

Sekiranya anda mahu menghentikan penderaan keganasan, sila datang berjumpa doktor untuk mendapatkan kaunseling dan bantuan yang diperlukan.