Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts
Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

KERANA IBUMU SEORANG WANITA...

Renungan untuk kita sebagai seorang anak...


Konon pada suatu desa terpencil
Terdapat sebuah keluarga
Terdiri dari sang ayah dan ibu
Serta seorang anak gadis muda dan naif!
Pada suatu hari sang anak bertanya pada sang ibu!
Ibu! Mengapa aku dilahirkan wanita?
Sang ibu menjawab,”Kerana ibu lebih kuat dari ayah!”
Sang anak terdiam dan berkata,”Kenapa jadi begitu?”
Sang anak pun bertanya kepada sang ayah!
Ayah! Kenapa ibu lebih kuat dari ayah?
Ayah pun menjawab,”Kerana ibumu seorang wanita!!!
Sang anak kembali terdiam.
Dan sang anak pun kembali bertanya!
Ayah! Apakah aku lebih kuat dari ayah?
Dan sang ayah pun kembali menjawab,” Iya, kau adalah yang terkuat!”
Sang anak kembali terdiam dan sesekali mengerut dahinya.
Dan dia pun kembali melontarkan pertanyaan yang lain.
Ayah! Apakah aku lebih kuat dari ibu?
Ayah kembali menjawab,”Iya kaulah yang terhebat dan terkuat!”
“Kenapa ayah, kenapa aku yang terkuat?” Sang anak pun kembali melontarkan pertanyaan.

Sang ayah pun menjawab dengan perlahan dan penuh kelembutan
“Kerana engkau adalah buah dari cintanya!
Cinta yang dapat membuat semua manusia tertunduk dan terdiam. Cinta yang dapat membuat semua manusia buta, tuli serta bisu!
Dan kau adalah segalanya buat kami.
Kebahagiaanmu adalah kebahagiaan kami.
Tawamu adalah tawa kami.
Tangismu adalah air mata kami.
Dan cintamu adalah cinta kami.
Dan sang anak pun kembali bertanya!
Apa itu Cinta, Ayah?
Apa itu cinta, Ibu?
Sang ayah dan ibu pun tersenyum!
Dan mereka pun menjawab,”Kau, kau adalah cinta kami sayang..”
 ... kini kami mengerti apa itu cinta sejati
SELAMAT HARI IBU 

 

Wednesday, May 7, 2014

IBU DI HATI, SYURGA MENANTI - AKTIVITI 10 MEI



‘Ibu Di Hati, Syurga Menanti’ dipilih menjadi tema Sambutan Hari Ibu 2014 yang akan berlangsung di KLCC pada 10 Mei (Jumaat) ini dan program dijadualkan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Tema itu dipilih kerana setiap agama di dunia amat memuliakan kedudukan seorang insan yang bergelar ibu. Adalah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk memastikan keperluan ibu sama ada fizikal, mental dan emosi berada dalam sejahtera. Tema ini juga dipilih dengan tujuan mengingatkan anak-anak agar sentiasa menghormati ibu mereka dengan penuh kasih sayang serta menghargai pengorbanan mereka membesarkan anak dari kecil sehingga dewasa.

Sambutan Hari Ibu 2014 akan disambut serentak di peringkat kebangsaan dan negeri pada 10 Mei ini di mana Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan  menjadi penggerak utama prorgam dan aktiviti kekeluargaan dalam melaksanakan program tersebut.

Selaras dengan pendekatan Strategi Lautan Biru (NBOS), LPPKN akan bekerjasama dengan beberapa jabatan dan agensi kerajaan di samping turut melibatkan sektor korporat seperti Petrosains.

Program dan aktiviti yang dilaksanakan sempena sambutan itu diharap mampu menanam kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menghargai, mengiktiraf dan berterima kasih di atas pengorbanan ibu. Nilai kasih sayang di kalangan suami, isteri, anak-anak dan menggalakkan pengukuhan ikatan kekeluargaan perlu dipupuk.

Di antara pengisian program Sambutan Hari Ibu 2014 di peringkat kebangsaan akan melibatkan aktiviti seperti “Fun Time With Mom” di Petrosains Suria KLCC, mengedarkan sebanyak 1000 kuntum bunga di Petrosains dan ruang KLCC.

Aktiviti lain adalah Kempen Selfie Anak Bersama Ibu di Facebook LPPKN, terapi Ketawa/ Senamrobik, Kempen Mamogram LPPKN, mesej untuk ibu di Petrosains,dan ruang legar Suria KLCC selain ucapan Sambutan Hari Ibu oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Bagi peringkat negeri, ia akan melibatkan aktiviti seperti Minggu Penulisan Pendek “Doa Untuk Ibu” dalam bulan Mei di sekolah-sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Kempen Selfie Anak Bersama Ibu di Facebook LPPKN - “I Love You Mom” dan “Fun Time With Mom” di tempat-tempat riadah.

Aktiviti lain yang dirancang adalah mesej untuk di lokasi awam bersesuaian di beberapa lokasi di Petrosains di Sabah, Sarawak, Pahang dan Johor, Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Melaka,Wilayah Persekutuan, Kedah dan Perak.

Turut terlibat Pusat Anjung Interaksi, Rekreasi, Intervensi dan Sokongan (AIRIS)  Selangor, Kompleks Keluarga Seremban dan pusat membeli belah atau hospital bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis dan pada masa sama, sebanyak 500 kuntum bunga akan diedarkan kepada ibu-ibu sebagai penghargaan kepada kaum ibu di mana-mana lokasi yang dipilih.